Friday 31 December 2010

Blog Terakhir?

Blog terakhir? haha.. tajuknya seperti kecewa tetapi tidak.. memandangkan hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2010, maka entri ini adalah entri yang terakhir untuk tahun 2010. Memandangkan esok merupakan tahun 2011, maka aku ingin mengucapkan selamat tahun baru.. semoga tahun 2011 akan memberikan sinar harapan yang baru buat aku dan keluarga..

Bila masuk tahun baru, pasti ada azam baru, berbagai2 azam yang aku dengar, ada yang nak berhenti merokok, ada yang nak beli kereta besar dan ada yang nak beli rumah, apapun azam2 ni semuanya bagus dan perlu ada usaha bagi mencapai azam2 tersebut. Azam aku tahun depan ialah aku nak bebaskan diri aku dari hutang belajar atau segala bentuk hutang yang membelenggu hidup aku. aku harap aku berjaya melaksanakannya

Tahun2 yang lalu, aku berazam bahawa aku akan mencari awek dan berkahwin, tapi ianya tidak menjadi kenyataan, jadi, tahun ni aku dah tak nak buat azam macam tu lagi. biarlah ALLAH tentukan segalanya. Yang pastinya, aku nak bebaskan diri dari hutang dan mengelakkan diri dari berhutang.

Insya Allah aku akan cuba berusaha bagi mencapai azam aku untuk tahun 2011 ni... mudah2 an dengan izin NYA, AMIN...

Thursday 23 December 2010

cepat masa berlalu

Dah beberapa hari aku tak update blog aku ni.. maklumlah sibuk ngan keje, skang baru ada waktu terluang untuk mengupdate blog aku yang berapa best ni.. Memandangkan tinggal beberapa hari saja lagi tahun 2010 akan pergi meninggalkan kita dan 2011 pula akan menyusul. terasa cepat masa berlalu, sehingga tidak terasa peredarannya.

bagi aku tahun 2010 merupakan tahun yang paling banyak meninggalkan kenangan yang pahit dan yang manis.. (rasanya paling banyak kenangan pahit).. tahun depan jugak umo aku akan meningkat 1 angka lagi. bermakna aku akan berusia 29 tahun (mengikut kalendar arab, umo aku 30 tahun, wow... tua dua tahun dari kalendar masehi..)

banyak kelemahan yang aku perlu perbaiki dalam hidup aku. (antaranya suka marah tak tentu hala dan terlalu merendah diri) dan akan cuba perbaikinya agar aku dapat mengecapi kejayaan. dan aku juga berharap agar apa yang berlaku pada tahun ini tidak aku ulanginya pada tahun hadapan.. biarlah ianya menjadi sejarah dalam hidup aku...

*********************************************************************************

Friday 17 December 2010

Dulu aku nakal!



2.Nama sekolah rendah dan sekolah menengah aku ialah Sek. Ren. Keb. Methodist ACS Klang, Selangor tahun 1988 - 1994, Sek. Men. Methodist ACS Klang, Selangor tahun 1995 - 1999


3.Aktiviti ko kurikulum yang aku ceburi semasa dibangku sekolah ialah Persatuan Bulan Sabit Merah

4.Jawatan yang di sandang dulu: Ahli biasa jer..

5.Nama guru kesayangan aku ialah Puan Khalijah

6.Aku paling suka subjek Perdagangan sebab cikgu dier comel dan paham apa yang diajarnya.. subjek yang paling aku tak minat ialah bahasa inggeris sebab payah nak belajar bahasa inggeris..

7.Kawan baik aku masa sekolah terlalu ramai...

8.Cita cita masa sekolah dulu aku nakjadi doktor

9.Artis feveret masa aku sekolah dulu ialah Noraniza idris

10.Perkara yang paling aku tak boleh lupa masa sekolah ialah aku mewakili sekolah untuk Kuiz Perdagangan

11.Kalau aku dapat kembali semula kezaman sekolah aku perkara yang aku nak buat ialah mencari semula 1st love aku yang sekarang hilang entah kemana

12. Kenakalan aku masa sekolah? banyak, tapi biasalah budak lelaki, kalau bertumbuk tu biasa lebih2 lagi kalau tercuit sikit, mesti nak bertumbuk punyalah. Dulu masa kat sekolah, aku pernah gakla ponteng sekolah ngan kawan2, lepak umah kawan aku main game. tapi cikgu tak marah sebab masa kita orang buat tu dah nak abis sekolah. cikgu aku memang sporting. seronoklah masa zaman sekolah tu... tak fikir nak bayar bil ker, apa ker, semua dah tersedia.. kalau sekolah pagi, petang boleh lepak ngan kawan - kawan. Perkara yang paling nakal yang pernah aku buat ialah melawan cikgu bahasa inggeris aku.. masa tu kalau ikutkan memang salah aku, tapi cara dia membebel tu buat aku panas hati.. tapi tak der lah sampai tumbuk muka dier. cuma lawan cakap jela.. ok lah, aku kalau citer pasal kenakalan ni sampai esok pun tak abis.. so sampai sini jerlah..

my url: haffis82.blogspot.com

Wednesday 15 December 2010

yes... gembiranya aku bila ada kerja

Setelah sekian lama aku duduk diofis, akhirnya ada jugak keje tuk aku.. hahaha.. bestnyer, macam dapat projek juta2 plak.. Terima kasihlah kerana memberi kerja walaupun tidaklah sehebat mana... i'll appreciate it..  yihui...

Tuesday 14 December 2010

mencari jodoh atau menunggu jodoh?

satu soalan yang bermain - main dikotak fikiran aku skang ni. adakah aku sedang mencari jodoh atau menunggu jodoh? aku sendiri pun konfius dengan persoalan ni. Bukan apa, bila aku fikir pasal jodoh ni aku mula gelisah dan kadangkala marah tak menentu. aku pun tak tau kenapa? sampai ada masanya aku terfikir nak ikut jejak langkah pakcik aku yang tak berkahwin sehingga meninggal dunia. Boleh ker aku buat macam tu,menghukum diri aku sendiri kerana tidak berjumpa dengan jodoh yang sesuai.

perlukah aku menunggu jodoh itu datang dengan sendirinya tanpa dicari, duduk melepak2 lepas tu jodoh pun sampai. Kata orang walaupun jodoh tu ditangan Allah, tapi kita hendaklah mencarinya. memang betul apa yang diperkatakan orang, cuma sekarang ni aku ada masalah, aku terlalu merendah diri dengan kekurangan yang ada pada diri aku. sifat ni memang dah terlalu sebati dengan aku sejak dari dulu lagi. setiap kali aku nak mendekati perempuan atau mengorat perempuan pasti hati kecil aku akan berkata, "aku ni dah la tak ensem kalau aku pergi ngorat si polan ni paling kuat pun mesti kena hamun punya".. aduh.. tewas sebelum berjuang.. bila hati dah berkata cam tu, terus jatuh semangat aku..

Apapun aku berserah jer pada Allah. Kalau ada jodoh aku didunia ni maka aku akan berkahwin,andai tiada jodoh aku didunia ni mungkin diakhirat nanti aku akan bertemu dengan jodoh aku. Jadi aku berdoa agar aku bertemu dengan jodoh aku kelak.. Insya Allah...

entri hari ini

entri hari ini... itulah tajuk entri aku hari ini.. tak der apa yang menarik pun dengan tajuk tu.. sekadar menghiasi blog aku.. tu aje..

Monday 13 December 2010

tak der mood

hari ni aku tak der mood nak update blog.. tapi aku usahakan jugaklah... idea tak banyak nak tulis hari ni.. semalam aku g kenduri kawin member aku kat sri petaling.. ramai gak la tetamu yang hadir.. yang bestnyer ada tarian singa la.. jarang gak tengok ada tarian singa dalam majlis perkahwinan melayu.. apa pun aku doakan agar kawan ku tu bahagia hingga ke akhir hayat.. Aku? nanti dulu la.. banyak masalah yang aku nak kene setelkan. masalah peribadi yang tersangat2 lah berat sampai aku sendiri pening kepala..

walaumacam manapun insya Allah aku akan berkahwin, tapi tak tau biler.. berserahlah pada Allah.. kalau ikutkan malas nak kahwin.. tapi tak boleh gak, sebab tu sunah nabi dan dalam al quran pun ada sebut.. mmm buat masa ni malas nak fikir dulu pasal kahwin, biar setel segala masalah aku barulah aku kahwin..

Friday 10 December 2010

Jumaat: Penghulu segala hari...

hari ni hari Jumaat. Hari dimana umat islam khususnya lelaki akan keluar ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Jumaat juga merupakan penghulu segala hari dimana ianya sangat istimewa. Banyak peristiwa yang berlaku pada hari jumaat antaranya ialah hari dimana Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah S.W.T dan mendiami syurga. selain itu juga dihari jumaat jugalah Nabi Adam a.s diturunkan kebumi bersama isterinya Siti Hawa. Hari jumaat juga merupakan hari dimana segala doa orang2 mukmin akan dimakbulkan Allah S.W.T seperti mana sabda junjungan besar kita Nabi Muhamamad S.A.W. yang bermaksud "Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan."(Hadis riwayat Tirmidzi).

marilah kita sama2 mengambil keberkatan hari jumaat dengan berdoa dan beribadat kepada Allah S.W.T agar diri kita sentiasa diberkati dan diredhaiNYA...

Thursday 9 December 2010

layan jer lah



satu lagu dangdut untuk dilayan petang2 ni..

sedikit kata2 motivasi..

dalam hidup ni tak ada perkara yang mustahil dan tak ada perkara yang sukar. semua perkara atau masalah boleh diselesaikan dengan mudah seandainya kita menganggapnya mudah. walau sesukar manapun masalah itu ia pasti dapat diselesaikan. asalkan tidak mudah putus asa dan patah semangat.

dalam kehidupan yang serba canggih ni, pasti ada banyak masalah yang melanda, tak kiralah masalah apa. tapi pernah tak kita terfikir bahawa kitalah sebenarnya punca masalah itu dan kita jugalah yang mesti selesaikannya walau sesusah manapun ia, kita mesti hadapinya dengan tenang dan tabah.

banyak cara dalam menyelesaikan masalah, tapi pastikan kita menanganinya dengan bijak, jangan ambil jalan mudah seperti membunuh diri dan apa saja perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. bunuh diri bukanlah penyelesai masalah, malah ia mengundang padah malah masalah yang paling besar pula yang akan timbul antara diri sendiri dan juga sang pencipta. oleh itu janganlah kita membunuh diri.

Tanganilah Masalah anda dengan bijak... Setiap masalah boleh selesai jika anda tahu mengatasinya..

Duit oh duit..

Contoh jer.. jangan nak copy pastu print plak.. kene tangkap aku tak jamin...
*Ada yang panggil ringgit Ada yang panggil dollar Ada yang panggil baht Ada yang panggil rupiah Semua ini duit Bikin orang belit Duit! Duit! Di mana kau duit Duit! Duit! Hutangku membukit Ada yang benci duit Ada yang cinta duit (bikin perut buncit) Skandal sana sini Punca juga duit Cari duit halal Agar jangan kesal Duit! Duit beli duit Duit! Buat beli cinta Ramai orang yang berkata Duit punca banyak dosa Jangan sampai makan rasuah Nanti bangsa jadi musnah Zaman ini zaman duit Tak ada duit diri tercepit Tapi jangan jadi hamba duit Nanti musnah diri sendiri..*

dimana kau duit... kemana saja perlu ada duit, nak. boleh kata dalam kehidupan kita tak pernah lari dari duit... Naik kereta atau moto dah kene duit, bayar tol dan minyak, kalau naik bas pulak kene bayar tambang, nak masuk tandas kena bayar lagi... semua duit...
Tanpa duit hidup seolah2 tiada erti... huh... Apapun setiap masalah yang berkaitan dengan duit dapat diselesaikan dengan duit. Walaupun hanya sekeping kertas tapi cukup untuk membuatkan orang sakit kepala..
hm... Duit oh duit...

Wednesday 8 December 2010

KEMANA MENGHILANGNYA SANG KANCIL?

Kemana menghilangnya sang kancil? satu persoalan yang timbul dikotak fikiran aku ketika ini.. aku cuba mencari sang kancil yang telah menghilangkan diri, tidak diketahui sebab musabab kemana ia menghilang.. agak rumit mencari sang kancil ketika ini. Lebih2 lagi dikota metropolitan, lagilah mustahil..

Dimanakah sang kancil menghilang? entahlah, aku sendiri tak tahu... 

Untuk apa aku menulis blog?

Tajuk entri aku yang terbaru Untuk Apa Aku Menulis Blog? Tiada apa yang menarik tentang tajuk entri aku ni.. Cuma aku cuba mengkaji semula mengapa aku menulis blog dan apakah tujuan sebenar aku menulis ni.. sebenarnya, aku menulis blog ni kerana aku suka2.. aku tak kisah pun kalau orang tak baca blog aku. terus terang aku katakan aku bukan seorang penulis professional yang mampu menarik ramai pembaca malah terus menjadi follower blog yang telah dibaca.

banyak jugalah aku berblogwalking untuk melihat bagaimana otai2 blogger menulis. Kebanyakkannya simple dan bernas. ada juga yang suka memasukkan info2 atau berita2 terkini dari akhbar2 tempatan. bagus sebenarnya idea mereka ini untuk menarik pembaca membaca blog2 mereka..

Blog yang aku buat ni sebenarnya banyak mengisahkan tentang aku. memang aku bukan artis atau mana2 tokoh yang terbilang yang selalu menjadi perhatian orang. disini juga aku boleh berkarya sesuka hati dan aku boleh meluahkan apa yang aku terbuku dihati dan tulisan2 aku hadir dari hati aku sendiri.

apapun aku harap aku dapat berkarya dengan bebas tanpa halangan. cuma aku memerlukan idea.. idea untuk terus menulis.. tak kisah lah tentang apapun yang penting aku puas... puas dengan apa yang aku luahkan....

Monday 6 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432 Hijrah

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432. Semoga apa yang dikerjakan kita selama setahun yang lalu diterima Allah S.W.T hendaknya. Amin.

Azam Tahun ni:

Tahun ni aku berazam untuk membebaskan diri dari hutang dan membantu keluarga aku yang sering dilanda kesulitan.. Mudah-mudahan tahun ni aku dapat merealisasikan azam aku. Insya Allah.... 

Thursday 2 December 2010

BILA SI DIA BERTANYA




Satu lagi kontes anjuran blogger termasyhur masa kini.. EN. Ben. dengan tajuk kontes nyer. Bila Si Dia Bertanya

Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?


pada pendapat saya, dalam sesebuah blog perlu ada sedikit keceriaan pada blog tersebut. Selain itu ianya perlu ada cerita dapat yang menarik pembaca.
Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?

Buat masa ni belum lagi mempromosikan blog saya pada sesiapa. Mungkin selepas ini saya akan mempromosikan blog saya melalui facebook atau kontest2 dibuat oleh otai2 blogger. terutama sekali En. Ben.

Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?

Blog yang paling saya tak suka masuk ialah blog yang memaparkan tahap kejiwangan yang melampau (saya pun jiwang gak)...

Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?

Bahagian yang paling menarik ketika memasuki sebuah blog ialah jalan cerita yang dipersembahkan oleh sang blogger. mudah difahami dan lain daripada yang lain.

Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?

Kepada blogger2 yang telah kehilangan semangat untuk menjadi blogger tegar(terutama blogger baru) diharap teruskan usaha anda kerana usaha tangga kejayaan. tidak dinafikan sebenarnya, agak sukar untuk menjadi blogger handalan maupun tegar. Idea yang diketengahkan juga perlulah menarik dan mengikut citarasa pembaca. semoga berjaya menjadi blogger tegar yang mempunyai ramai follower...

Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..
Blog yang menjadi pilihan saya ialah blog yang tidak terlalu ekstrimis dan radikal seperti blog en. ben ni.. lagi satu, saya paling suka jika blog itu suka menceritakan tentang sesuatu yang baru dan menarik...

ni aku punya blog url.. kalau nak singgah klik sini -------> haffis82.blogspot.com.

ok chow yun fatt....

apa mau tulis???

Hari ni, tak tau nak tulis aper.. idea tak der.. mungkin aku akan blogwalking, baca blog orang bagi mendapatkan idea... payah gak nak jadi blogger nih.. tak kisahlah orang nak baca atau tidak, yang penting aku update blog aku... haha...

Wednesday 1 December 2010

bulan disember datang lagi....

Bulan disember datang lagi... ini bermakna lagi 30 hari, tahun 2010 akan meninggalkan kita. banyak azam aku yang belum terlaksana, tu belum campur azam yang lepas2. banyak juga perkara yang tergendala kerana sibuk (sibuk ker?) apapun tahun 2011 nanti aku harap akan ada sinar baru dalam hidup aku nanti..insya Allah.

Tuesday 30 November 2010

saja nak kasi banyak entri...

erm.. saja jer tulis tajuk ni... biar entri nampak banyak.. sebenarnya ari ni mood aku untuk menulis sangat2lah sedikit. hilang semangat aku.. akibat kehilangan semangat. maka aku banyak blogwalking jer ari ni, dari pagi sampailah kepetang... hurm.. tu jer lah...

malas.....

hari ni aku malas nak tulis aper2... tu jer...

Friday 26 November 2010

huhuhu

huhuhu huhu huhu... huhu? huhu

Lima blog yang aku suka baca..

Setelah membuat blogwalking.. akhirnya aku menjumpai 5 blog yang aku rasa best dan sesuai dengan jiwa aku. disini aku senaraikan 5 blog yang menarik bagi aku

1.ayahbob.blogspot.com - cEtusAn RasA
2.aienzcruzzle.blogspot.com - love-laugh-life
3.Remizati.blogspot.com - MY BLOG DIARY
4.imzroomz.blogspot.com - iMz
5.Ijaldisini.blogspot.com - ijaldisini



sebab aku suka blog2 ni adalah kerana aku boleh mendapat idea bagi menulis blog.. kalau boleh aku nak wat blog jadi lebih menarik.. melalui blog2 ini aku mampu untuk belajar bagaimana mencari gadjet yang sesuai bagi menghiasi blog aku..Ada antara blog2 ni merupakan kawan2 aku punyer blog.. so aku nak support diorang supaya terus berblogging...

aku mengetahui contest ini melalui blog yang aku ikut... Benashaari.com... yang merupakan seorang blogger tegar yang berpengaruh di dunia blog.

Kalau rajin dan berkesempatan.. kunjungilah laman blog aku haffis82.blogspot.com.

ok chow.....

Thursday 25 November 2010

Spongebob: kartun yang aku suka tengok....




Hehe.. saja aku wat entri ni sebab dah tak der idea sangat. Entri aku kali ni aku nak info skit pasal Spongebob..Ya, spongebob, makhluk yang lautan berwarna kuning dan agak nakal. Walaupun dah 28, tapi aku masih lagi suka melayan citer2 katun macam ni, bukan apa, kadang2 biler balik keje hilang skit penat biler tengok citer ni.

siri ini mengisahkan tentang seekor hidupan lautan berbentuk span kuning yang bernama Spongebob Squarepants dan rakan2nya yang tinggal dikawasan yang diberi nama Bikini Bottom. Spongebob juga mempunyai sahabat karib yang bernama Patrick Star dan siput yang bernama Gary..

Watak2 dalam siri ni.

Disini aku listkan watak – watak utama dalam siri ini


Inilah die Spongebob. Merupakan Watak utama siri ini, seekor hidupan laut berbentuk seperti span yang berwarna kuning. Perwatakan yang kadang kala sengal dan kadang kala ok. Ia juga baik hati dan selalu mengganggu Squidward yang merupakan jiran dan juga teman sekerja diKrusty Krab. Sangat suka menangkap obor2 bersama rakan baiknya Patrick Star.



Yang ini pula Patrick Star kawan baik spongebob, merupakan seekor tapak sulaiman yang berwarna merah jambu. agak sengal tetapi baik hati. Tinggal dibawah batu. kemana spongebob pergi, si Patrick ni mesti ada.



Yang ni pulak Squidward seekor sotong yang tidak menyukai spongebob dan patrick star. Ia juga merupakan teman sekerja spongebob diKrusty crab. sangat mementingkan diri sendiri dan suka bermain clarinet.



Yang ini pula sandy. seekor tupai yang berasal dari texas. juga teman baik spongebob dan juga Patrick Star.Ianya garang dan bijak. Ia juga meminati karate dan selalu menjadikan spongebob sebagai sparring partner.



Ini ialah En. Krab, seekor ketam pendek yang berwarna merah. Merupakan majikan tempat spongebob dan Squidward bekerja. Agak kedekut dan kelam kabut. ia juga merupakan bekas tentera laut dan mempunyai kedai makanan segera yang dipanggil Krusty Krab.

Oleh kerna aku dah tak der idea, maka lahirlah entri ini.. sebenarnya citer ni banyak pengajarannya seperti semangat setiakawan, tolong menolong dan bermacam lagi.. aku sendiri pun tak tau macam mana aku boleh minat plak spongebob ni.. ntahlah, yang pasti bila aku balik kerje hilang segala penat lelah aku biler menonton citer ni...

sekian...

SEMAK

Semak? Kenapa dengan semak? apa yang ada dalam semak? kenapa semak? itulah tajuk entry aku. Gambar ni pun ntah kat mana lokasinya aku pun tak tau. Ok, kenapa aku pilih tajuk semak sebagai entry aku. sebabnya, aku rasa blog ni macam semak jer. berserabut, lintang pukang dan sebagainya.
Adoyai, tgh sedap2 menulis, tetiba semak plak pikiran aku... huhu, apabila kepala sudah semak mulalah jadi malas. so, tak naklah cerita panjang2 nanti semakin semak pulak..

Wednesday 24 November 2010

kisah tak aku?

Saja aku pilih tajuk ni sebab aku sendiri pun tak tau kenapa..hahaha.. apapun aku ucapkan terima kasih kepada 2 hamba Allah yang telah memberi komen. thanks for ur comment. Lagi satu aku tak kisah sangat kalau entri aku tak dijengah blogger2 lain. Sebab apa? sebab aku menulis blog ni sekadar suka suka jerk, (dah nama pun suka suki menulis blog), lagi satu kurang2 tak lah bosan sangat selain daripada menajamkan skill aku.. manalah tahu rezeki aku jadi penulis nanti... mudah2an tercapai cita2 aku menjadi penulis kelak...

semakin maju...

Setelah digodek2 segala gajet yang terdapat diblogger, maka, aku berjaya mengupgrade blog aku. sekarang hanya menunggu masa yang sesuai untuk memberikan pendedahan kepada umum.. tak kisah lah apa reaksi diorang, yang penting ada kemajuan...

Tuesday 23 November 2010

Malam datang lagi...

rasanya baru jer aku bangun tido, mandi pastu pergi keje. skang dah malam balik. cepat betul masa berlalu sehingga terlupa yang besok dah hari rabu. begitulah, masa terus berjalan dan berjalan. makin jauh waktu itu berjalan dan makin dekatlah aku dengan liang lahad. dah bersediakah aku nak menghadapinya? terlalu banyak dosa aku pada ALLAH, manusia dan juga makhluk alam yang lain.

Blog aku pulak makin hari, makin meningkat, pelbagai gajet aku tambah buat penyeri.. kalau dulu masa mula2 aku buat, suram jer, gajet pun 2 - 3 kerat je yang tambah. memandangkan sekarang dah banyak gajet aku tambah, mungkin akan menjadikan blog aku sedikit menarik. banyak benda yang aku nak kene belajar tentang blog ni. dan apabila aku dah makin pandai, boleh la aku ajar pada orang lain plak.

Bila malam2 macam ni, mulalah teringat 1st love dulu, budak yang paling aku suka masa sekolah dulu, sekarang ni entah kemana aku pun tak tau. mungkin dah kawin dan ada anak dan mungkin tidak berada lagi disini. aku tak tahulah kenapa aku selalu teringat kat dia ni, makin aku cuba lupakan, makin kuat pulak ingatan aku pada dia. dulu boleh plak aku lupakan dia, tapi sejak akhir2 ni aku asyik teringat kat dier jer. Aku harap aku dapat lupakan dia. buat selama2nya.

mata dah mula mengantuk ni. nak kena tidur, nanti bangun lambat plak macam pagi tadi. tak pasal2 jer. oklah... semoga bertemu kembali...

November Rain

diluar hujan turun dengan lebat. seolah2 tidak mahu berhenti. aku masih lagi ofis mengahadap laptop, kadang kala terlelap buat barang seminit dua. Tiada aktiviti yang dapat dilakukan. kadangkala aku mengeluh, aku tak tahu apa yang aku keluhkan. Idea? tiada idea yang datang menerjah kotak fikiran buat masa ini.

Sebatang rokok dunhill yang dibeli kat kedai mamak petang semalam dibakar dengan harapan agar idea datang mencurah2. asap dihembus keluar dan hilang dalam sekelip mata. Hujan masih turun lagi diluar sana. jalan raya mula digenangi air dan kenderaan pula banyak. tidak diketahui kemanakah destinasi kenderaan2 tersebut. Rokok dihisap lagi. Namun idea yang ditunggu untuk entri blog aku masih lagi tidak bertandang. malah semakin kabur kotak fikiran kabur seperti dilanda jerebu..

aku membaca blog2 yang lain pula. namun idea itu tetap tidak mahu datang. Sebentar lagi waktu bekerja bagi kawasan yang sewaktu dengannya akan tamat. bagi menghabiskan sisa waktu yang tinggal, aku bermain game Governor of Poker yang aku sedut dari kawan sepejabatku. Sayang sekali, setiap permainan yang aku main semuanya kalah. Tiada kemenangan untuk aku hari ni. bukan itu saja, setiap kali aku bermain, aku pasti kalah. bengang juga hati ini. rasa ingin dihempas saja laptop ini kelantai. tapi aku tidak boleh berbuat demikian kerana lap top ini merupakan hak milik syarikat.

aku masih lagi termangu di depan laptop. kebosanan mula menjalar disanubariku. aku cuba menghiburkan diri dengan bernyanyi2 kecil bagi menghilangkan kebosanan. Hujan, berhentilah, bagaimana aku nak balik sebentar lagi. pasti lencun pakaian aku jika aku meredahnya.

Monday 22 November 2010

Mata Mengantuk...

mata aku ngantuk.. nak tido, esok nak keje.. IKMAS: catatan sebuah kenangan part 3 akan menyusul tak lama lagi... mm.. mungkin agak panjang ceritanya atau mungkin akan dipendekkan. sebenarnya, banyak kenangan aku kat IKMAS, dari semester 1 sampai la aku abis. semuanya masih aku simpan diingatan sebagai sejarah hidup aku. Bagi aku, masa belajarlah masa yang paling seronok, tak perlu pikir nak bayar apa2, semua dah tersedia. Jadi sekarang dah bekerja, dan mungkin tak lama lagi akan berkahwin. semua nak kena wat sendiri.

oklah aku malas nak cerita panjang2 sebab mata dah ngantuk. jadi jumpa lagi di entri yang akan datang...

Isnin yang kelabu

Hari ini adalah hari isnin. Hari yang kelabu, Maklumlah, ari tu aku cuti 5 hari sempena Aidil adha. Jadi apabila mula bekerja, semuanya kelabu, kabur dan tidak bermaya. Seperti hari2 yang sebelum ni, aku akan keluar rumah seawal 6.30 pagi untuk ke tempat kerja. kemudian duduk dihadapan lap top ber facebook ataupun update blog aku ni. Kalau bosan sangat layan game poker kat lap top. Kalau main memanjang jer kalah, kalau sepuluh game, hanya menang 2 kali, selebihnya kalah.. hahaha.. terer tak aku...

sepertimana hari isnin yang kelabu, sama jualah dengan diri aku yang masih kelabu dan kabur untuk mencari mood kerja. hmmm apapun isnin memang hari yang kelabu...

Sunday 21 November 2010

Aku dan Handset.....

Hanset yang pernah aku pakai 10 tahun yang lalu

Pada entri kali ini aku nak ceritakan skit pasal hanset yang pernah aku pakai. Gambar diatas merupakan hanset yang pernah aku pakai dulu. Hanset ni masa tu masih lagi berjenama Ericsson. aku pakai tahun 2001. berat hanset ni.. kadang2 malas nak bawak. Hanset ni juga banyak jasanya ngan aku. Dah banyak kali gak la jatuh, tapi masih baik. Hanset ni aku beli ngan member aku dengan harga RM 100. agak murah tapi boleh tahan. hanset ni skang dah tak boleh berfungsi dan sekarang aku letak dalam almari sebagai perhiasan.


Ni pulak handset aku yang berikutnya. aku beli tahun pada awal tahun 2008. aku beli hanset ni dengan harga RM 140. handset ni merupakan handset yang paling comel yang pernah aku pakai. function dier juga mudah dan user friendly. Tapi sayang, hanset ni hilang kat site kene rembat ngan mat drug. Oleh kerana hanset ni kecil, maka ia amat mudah dibawa kemana2 berbanding hanset diatas.



Nokia 3210 classic


Ni merupakan hanset yang aku masih lagi pakai sehingga kehari ini. Aku beli bulan 7 2009 dengan harga RM 430. Hanset ni dibekalkan dengan 1GB memory card dan juga kamera 2.0 megapixel. Ia juga boleh memainkan mp3. Hanset ni kadang2 aku pakai, kadang2 aku simpan jer kat umah.



Hanset Nokia 1110i dan I mobile

2 hanset diatas juga aku masih pakai hingga kehari ini. kedua2 hanset ni cukup simple dan ringan. Mudah dibawa kemana saja. ia juga tahan lasak. Hanset I mobile(warna hitam) mempunyai fungsi 2 kad sim, dimana kedua2nya aktif dalam satu masa. ia juga dibekalkan dengan 1GB memory card, camera berkualiti rendah dan boleh bermain mp3. Hanset ni merupakan hanset buatan Malaysia.

sebenarnya banyak hanset yang pernah aku pakai sebelum2 ni, macam nokia 3315, nokia 3120, dan sebagainya. Apapun lepas ni mungkin aku akan membeli hanset baru, mungkin nokia E72 ataupun Blackberry. Tunggu jerlah...

Saturday 20 November 2010

Ralat

Entri bertajuk "IKMAS: Catatan Sebuah Kenangan Part 1", terpaksa diedit semula dengan memasukkan gambar, harap maklum.

Friday 19 November 2010

Penantian suatu penyiksaan



Sebuah lagu yang penuh kenangan. Pertama kali aku dengar lagu ni masa aku darjah 3 (sekitar tahun 1991). time2 sekolah pagi, aku minat dengar lagu ni sebab liriknya yang begitu syahdu, kadangkala ia juga seperti memerli aku yang sedang dalam penantian, menanti bidadari untuk menjadi teman hidup.

apapun "thumbs up" untuk lagu ni. Tahniah kepada pencipta lagu ini dan juga band febians.

Kosong......

Jam telah menunjukkan pukul 1.20 pagi, mata masih belum mengantuk lagi akibat tidur terlalu banyak petang tadi. Aku baru je balik dari event dicheras. Event yang menceritakan tentang Networking Business. Sebenarnya aku tak berapa minat menyertai bisnes seperti ini. Modus Operandinya juga sama seperti MLM, dimana perlu mencari downline dan mendapat untung. Bagi aku, cara begini salah di sisi agama dimana orang atasan makan untung atas angin sahaja.

Entri aku kali ini bukan untuk menceritakan apa yang aku alami tadi, cuma aku terasa jiwa aku kosong dan tidak mempunyai apa2. Aku masih memikirkan diri ini yang masih lagi terkontang - kanting untuk membina kehidupan yang sempurna. Aku juga masih memikirkan tentang keadaan aku yang tidak mempunyai teman yang istimewa dalam hidup aku, ramai dikalangan sahabat2 perjuangan yang akan memasuki gerbang kebahagiaan bersama insan yang istimewa dan mengecapi saat2 indah bersama sehingga beranak pinak. Aku? masih lagi mencari dan mencari, namun tidak bertemu dengan idaman hati.

Bila agaknya akan kutemui puteri yang bakal merajai hati dan menemani aku? Tunggu dan lihat jerlah nanti...

Wednesday 17 November 2010

sekali sekala nak jiwang gak...


aku minat betul lagu ni.. nyanyian neil sedaka.. apa kata kita layan je lagu ni dikala malam yang penuh syahdu ni...

Tuesday 16 November 2010

salam Aidiladha

Rasanya dah lama aku tak update blog aku yang dah naik sawang dan sarang labah2. malah habuk2 juga berkumpul diblog aku ni. Last aku update blog aku ni bulan lepas dengan tajuk IKMAS: Catatan sebuah kenangan part 1. mungkin sambungannya aku akan buat lepas raya nanti.

Pejam celik, pejam celik dah raya korban. Rasanya macam semalam menyambut raya puasa. Esok dah raya korban plak. Nasib baiklah aku cuti sampai ahad, bos aku dengan murah hati telah meluluskan cuti aku. Maklumlah cuti banyak lagi, nak amik cuti suka2 pun ada apa, baik lepak kat opis je. Memandangkan esok raya korban, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha, semoga ibadah korban diterima oleh ALLAH s.w.t hendaknya. begitu juga para jemaah haji yang sedang berwukuf pada hari ini, semoga ibadah haji mereka diterima ALLAH dan mudah2an mendapat haji mabrur..

Sempena Aidiladha besok, aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidiladha, maaf zahir dan batin.. Kepada tukang sembelih lembu, pastikan parang atau pisau yang hendak digunakan tajam bagi mengelakkan lembu tidak teraniaya. Kepada yang ingin pulang kekampung halaman, berhati2 dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang dan jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.... -------> apa kena mengena dengan tajuk post ni? adios

Saturday 2 October 2010

arghhhhhh

argh.... terasa seperti mahu pecah tekak aku menjerit gara - gara bosan yang terlampau... tak tau apa yang mesti dibuat ketika cuti.. nak keluar kebandar, banyak sangat warga asing yang membanjiri bandar klang tu, sehingga aku sendiri terasa terasing dibumi sendiri.. nak tidur plak, dah terlalu jemu dengan mimpi2 aneh yang hanya sekadar menghiasi lena.. jadi apa yang mesti aku lakukan?

ermm.....

Sunday 19 September 2010

same like yesterday

Seperti biasa, idea yang dicari2 tidak dijumpai.. malah lesap entah kemana.. tak taulah apa yang dipikirkan sehingga segalanya hilang bagai angin lalu... mungkin esok atau lusa idea tu akan datang, atau perlu banyak membaca.. ermm.. apa2 pun malam ni ada gak bende aku nak tulis.. walaupun tidak ada klimaks..

Saturday 18 September 2010

ketandusan idea yang teramat sangat

aku sedang mencari bahan2 dan juga idea2 baru agar blog aku sentiasa "bernyawa".. buat masa ni, segala idea telah hilang, ada juga yang terperap begitu saja tanpa suntingan, tokok tambah dan pengurangan. malah ada juga yang merapu2 tah aper... diharap agar en. idea dapat menerjah kotak fikiran aku yang kering ni....

Monday 9 August 2010

Salam Ramadhan

Ramadhan datang lagi. syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, aku berjumpa kembali dengan bulan yang penuh barakah ni. Dengan ini aku mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan2 yang beragama islam. Semoga segala ibadah kita dibulan yang berkat ini diterima Allah S.W.T.

Thursday 29 July 2010

Tragedi 29 Mei 2010.

pagi itu matahari memancar terang dan terik, jam menunjukkan pukul 8 pagi. aku mengesat - ngesat mata, baru bangun tidur. pagi tu aku ada tugas di felda bandar mas, kota tinggi, johor dimana kerja-kerja meng"uprade power" diklinik kesihatan bandar mas. Tanpa membuang masa, aku mengambil tuala dan terus kebilik air. setelah itu, aku menyediakan berberapa peralatan untuk dibawa bersama. aku tak tahu mengapa pagi itu perasaan aku kurang enak, aku terasa berat mahu meninggalkan rumah. pelbagai persoalan bermain-main difikiranku, memikirkan mimpi yang aku alami sebentar tadi. (aku bermimpi bahawa bumbung kereta ku koyak). tanpa membuang masa, aku pun mengambil kunci kereta ku dan terus turun kebawah untuk memanaskan enjin kereta. setelah memanaskan enjin kereta, aku pun terus menuju ke destinasi.

kereta ku meluncur laju melalui jalan kulai - kota tinggi. aku menyanyi kecil sambil mengikut rentak lagu yang berkumandang dicorong radio bagi menyedapkan hati yang sememangnya tidak sedap sedari tadi. setelah sejam lebih berjalan, aku pun sampai ke destinasi pada jam 9.45 pagi. menurut arahan yang aku dapat, tugas yang akan dilakukan akan bermula jam 10 pagi. ketika aku sampai, tiada tanda yang kerja akan dimulakan. keadaan sunyi dan sepi. Grurrr, perut ku berbunyi, jadi aku mengambil keputusan untuk makan diwarung yang berhampiran dan kembali semula 15 minit kemudian aku kembali semula dengan harapan kerja akan bermula, tetapi hampa, segalanya seperti tadi, sunyi dan sepi. aku mengambil handset yang tersimpan dipoket seluar dan mendail no mereka2 yang terlibat. mereka menyatakan bahawa mereka dalam perjalanan ke sini dari pontian.. "aduh lama lagi kot", aku mengomel sendirian.

Setelah 2 jam menunggu akhirnya sampai juga pihak kontraktor dan TNB. aku menarik nafas lega, tetapi perasaan tidak enak tu masih lagi menguasai diri. seorang dari pegawai TNB memanggil ku dan meminta kepada ku dimanakah tempat yang sesuai untuk disambung kabel dan aku pun menunjukkan tempat tersebut yang berada betul2 dibawah MCB(sila betulkan jika aku silap). Tepat jam 12.30 tengah hari kerja2 penyambungan kabel pun bermula. menurut mereka, kerja yang dimulakan mungkin selesai agak lambat bergantung pada faktor cuaca. sekirannya cuaca baik, maka kerja yang dijalankan mungkin cepat siap. ini kerana ia juga membabitkan kerja penggantian feederpiler yang lama kepada yang baru. selain itu juga, tenaga elektrik juga terpaksa dipotong bagi memudahkan kerja. pencawang lama terletak bersebelahan dengan rumah orang kampung.jadi, aku faham kerana kerja2 begitu memerlukan ketelitian dan perlu berhati2. sekiranya tersilap langkah maka buruk padahnya.

jam menunjukkan pukul 2.30 petang, kerja terus berjalan. Dikaki langit mula kelihatan awan hitam berarak perlahan, menunjukkan hujan akan turun. aku mula resah dan tak menentu, jika hujan, ini bererti aku terpaksa menunggu lebih lama lagi. aku menarik lafas lega apabila hujan tidak turun pada petang itu. ini amat memudahkan dan melancarkan kerja yang sedang dijalankan. masa terus berlalu, aku mengajak pegawai TNB itu minum petang bersama ku. berbagai perkara yang kami bincangkan. sesudah itu, aku kembali melihat kerja penggantian feederpiler dijalankan. kira2 pukul 3 petang kelihatan lori TNB masuk kekawasan klinik, aku pun terus ke klinik dan aku menunjukkan tempat dimana kabel perlu disambung. sejam setengah kemudian kerja tersebut siap.

setelah itu, aku pergi ketempat kerja penggantian feederpiller. aku minum lagi buat kali kedua kali ini aku bersama 3, 4 orang lagi. bermacam perkara yang kami bualkan. menurut salah seorang daripada mereka, satu kejadian telah berlaku di pasak, dan kenderaan bergerak perlahan. bagi mengelakkan jem aku menunggu sejam dua lagi.

matahari memancar kemerahan disebelah barat, jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Pegawai TNB yang minum bersamaku meminta diri sebentar untuk pulang kerumah bapanya difelda sening, dan dia akan datang lagi selepas maghrib. keadaan beransur2 gelap. generator mula dihidupkan bagi menerangi. 30 minit kemudian,kuasa generator tersebut mula lemah. setelah diperiksa, didapati minyak petrolnya telah habis. jadi, aku disuruh untuk membeli minyak petrol distesen minyak berhampiran. aku menghidupkan enjin kereta, aneh, kereta seolah kehabisan bateri, walhal pagi tadi elok, aku mencuba lagi. tapi enjin gagal dihidupkan. akhirnya aku memberitahu bahawa bateri kereta kong. hari semakin gelap, aku melihat jam dihanset menunjukkan pukul 7.15. sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang. kerja masih lagi diteruskan. kira2 30 minit kemudian, Pegawai TNB yang pulang tadi datang semula. aku cuma memerhatikan saja. "mengapa awak tak balik lagi?". katanya pada saya. "awak tak perlu risau, sebab kerja awak dah siap, nanti saya akan contact TNB Pasir Gudang untuk kerja penyambungan kuasa dari tiang ke klinik." katanya lagi. "OK, kalau macam tu saya balik dulu". kata ku.

Tanpa membuang masa, aku terus kekereta dan menghidupkan enjin. Aneh, enjin kereta dapat dihidupkan sedangkan tadi bateri kong aku menarik nafas lega kerana aku boleh pulang kerumah tanpa aku sedari ada bahaya yang sedang menanti. aku terus memandu pulang, sampai felda air tawar 2, aku mengeluarkan dan menghidupkan api. aku memandu berhati2 dengan had laju yang ditetapkan sambil menghisap rokok. tiba-tiba dalam jarak 5 meter, aku ternampak percikkan api dari arah bertentangan. "Ada eksiden". kataku sendirian, aku cuba memperlahankan kenderaan, tiba-tiba, satu kereta melintang dilaluan ku, aku tak mampu berbuat apa2. "Dam !" kereta ku berlanggar dengan kereta yang melintang tadi dada aku terhentak distereng dan aku hanya mampu mengucap. aku mengambil hanset aku dan menelefon keluarga dikampung, memberi tahu bahawa aku terlibat dalam kemalangan. sedang aku menelefon, datang seorang pemuda melayu menyuruh aku keluar dan mematikan enjin kereta.


kereta yang remuk

aku lihat kereta aku remuk dibahagian hadapan. aku tak sangka bahawa aku akan terlibat dalam kemalangan jalan raya malam itu. orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. aku lihat kereta yang aku langgar tadi sangat teruk. aku meneka mungkin juga pemandu dan penumpang kereta itu parah. begitu juga kereta yang melanggarnya dari belakang. Jalan mula sesak dengan kenderaan kerana mahu melihat kejadian yang berlaku. aku hanya memerhatikan saja situasi yang cemas itu sambil mengurut dada yang sakit. tidak lama kemudian aku dibawa kehospital dengan sebuah teksi. aku termenung seketika dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi dan aku bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.

sesudah mendapatkan rawatan dihospital aku terus kebalai polis berhampiran untuk mebuat laporan. aku mula cuak apabila mengenangkan lesen aku yang masih dalam percubaan. setelah memberi keterangan dan menceritakan peristiwa kemalangan itu kepada pegawai bertugas, aku pun pulang kerumah. kedua orang tua ku telah sampai kerumah ku malam itu juga. dan mereka bersyukur kerana melihat aku tidak mengalami kecederaan yang serius. kereta aku yang remuk ditarik kebengkel untuk dibaiki. sekarang kereta aku telah siap sepenuhnya. dan kini berada di Klang, syukurlah segalanya telah pulih. Sejak dari peristiwa itu, kini aku memandu dengan berhati-hati. aku berdoa agar ianya tidak terjadi lagi dan aku berdoa agar dijauhkan dari segala mala petaka. aku juga berharap agar pemandu yang menjadi punca kemalangan sedar dan tidak mengulanginya lagi diwaktu yang akan datang.


kesimpulannya:-

  • jangan berjalan sesudah waktu maghrib
  • jangan tinggalkan solat maghrib
  • jangan merokok didalam kereta


Tuesday 27 July 2010

MLM - fenomena baru masyarakat malaysia.

sekarang ni heboh diperkatakan tentang satu bisnes yang dikatakan boleh memberikan pulangan yang sangat hebat dan mampu untuk memberikan kekayaan dalam sekelip mata tanpa apa-apa usaha. Bisnes ini dipanggil Bisnes MLM. ya.. MLM, satu bisnes yang boleh dikatakan hebat pukulannya pada masyarakat masa kini. Bisnes ini dikenali sebagai MLM kerana seseorang perlu menjual barang sambil mencari downline. sekiranya ramai downline, bermakna income yang anda akan dapat sangat banyak.


itulah modus operandi multi level marketing atau MLM ni. Dengan bermodalkan air liur, mereka akan mencucuk jarum dan mempengaruhi mereka yang lemah fikirannya dan terlalu gelojoh untuk menjadi kaya tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. antara lain modus operandi mereka ialah supaya membeli barangan yang bernilai beribu-ribu ringgit, walhal barangan tersebut tidaklah semahal harga sebenar yang dikeluarkan oleh kilang. gah jer lebih, tapi hampeh.

Apa yang lihat skang ni, kebanyakkan orang yang terlibat dalam bisnes ni terdiri dari orang melayu. Jarang sekali kita mendengar orang cina atau orang india yang terlibat dalam MLM ni. ni yang pelik, kenaper orang melayu terlalu taksub dengan bisnes semacam ni? tidak tahukah mereka akan hukum agama yang menyatakan bahawa perniagaan yang ada unsur penipuan it adalah haram.. Yang lebih pelik apabila ada juga ustaz2 yang terbabit sama. adoyai, pening tengok fenomena macam ni. sibuknya diorang ni mengalahkan perdana menteri uganda.

aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku pasal MLM. walaupun aku tak join, tapi ada beberapa rakan aku pernah terjebak ngan MLM. diorang baper kali ajak aku dan aku pernah pergi diorang nyer gathering dua tahun lalu. macam budak-budak pra sekolah. lawak sungguh. aku sememangnya tak berminat langsung ngan bende2 macam ni. kene cari downline seberapa banyak yang boleh dan kemudian aku akan dapat pulangan melalui downline yang aku cari. huh, malas aku, baik aku keje makan gaji cam skang ni. kurang-kurang ada gak duit sendiri dari aku makan duit orang melalui cara menganiaya orang.. beberapa bulan yang lalu, adalah seorang kawan aku tepon, katanya nak berjumpa di sebuah kedai mamak yang terletak berhampiran pejabat aku. pada mulanya, aku fikir yang kawan aku ni nak jemput kawin, rupernyer dier ajak ajak aku join bende alah ni. owh no.. aku tak nak.. dier juga mengajak aku pergi gathering yang yang diadakan diutm, tapi haram aku tak pegi pun. buang masa jer kalau aku pegi, baik aku lepak umah, ada gak faedahnya.. ni tak, pening2 cari downline, last2 kawan aku gak yang kenyang

masa aku jumpa dengan member aku tu, dier adala tunjuk beberapa statement yang boleh dikatakan suspicious.. dier tunjuklah gambar2 dan artikel2 yang boleh menguatkan hujah bagi mempengaruhi aku. tapi aku bukanlah budak tadika yang boleh diumpan dengan gula2. aku tau semua tu salah, tapi aku layan kan jer. nanti kalau tak layan kecik ati plak. antara yang membuatka perasaan syak aku bertambah kuat ialah:-

  • menunjukkan artikel surat khabar keluaran tahun 2008 - mak ai, statement dua tahun lepas kot yang dier tunjuk kat aku. walau macam manapun aku tetap tak percaya ngan MLM ni.
  • menunjukkan gambar percutian mereka2 yang telah menjadi ahli - umang ai.. lagi tak leh blah, mana erk diorang dapat duit banyak tu.
  • menunjukkan gambar kereta mewah yang digunakan ahli2. - lagi tak leh blah, mana diorang dapat duit bayar downpayment?
  • menyuruh aku mebuat bank loan sebanyak RM20K untuk membeli barangan dan juga modal - baik aku wat kawin duit tu lagi bagius

apapun MLM bagi aku satu bisnes penipuan yang menindas mereka yang berada dibawah. Dalam Islam, perniagaan yang mempunyai riba, penipuan dan penindasan adalah HARAM jadi aku tak nak melibatkan diri secara langsung dalam perniagaan seperti ni. biarlah diorang letak gambar dengan label, "Duit makan tujuh keturunan pun tak abis". bagi aku, kalau duit haram tu memang haram, ia tidak akan menjadi halal. dan ia juga tidak akan kemana. oleh itu aku harap kepada mereka yang taksub dengan MLM, hentikanlah.. buang masa jer, macam pengemis..

P/S: teringat kisah mak aku ditipu sindiket gores dan menang masa nak raya dulu.. tak pasal2 duit raya kene potong..

aku dan facebook

Facebook.. satu nama yang tidak asing lagi dan begitu gah serta popular dikala ini. siapa yang tidak tahu tentang facebook. dari pekerja kilang, kerani2 pejabat, guru2 dan budak2 sekolah semuanya tahu tentang facebook dan masing2 ada akaun sendiri. malah, Perdana menteri juga ada facebook. itulah dier penangan facebook pada masyarakat malaysia hari ini.

facebook merupakan laman sosial yang paling popular berbanding laman sosial yang lain seperti friendster, myspace, tagged dan apa sajalah. tapi yang pasti facebook telah mencetuskan fenomena yang sangat dasyat kepada masyarakat hari ini.. dianggarkan hampir 500 juta pengguna facebook diseluruh dunia. malah aku sendiri ada akaun facebook yang aku buat setahun yang lalu

dengan penggunaan facebook kita dapat berhubung dengan rakan2 yang jauh. kadang2 kawan2 yang lama kita tak jumpa pun kita akan berjumpa melalui facebook. Berbagai2 lagi yang boleh dilakukan seperti bermain game, chatting dan sebagainya. paling tak tahan, boleh wat bisnes dalam facebook.

setiap benda yang dicipta manusia ni pasti ada keburukkannya. aku lihat skang facebook ni banyak keburukkannya dari kebaikkan. antara keburukan facebook ialah menghentam individu tertentu sesuka hati dan status yang dibuat akan diberikan komen2 yang sangat menjengkelkan. hehehe.. itu yang tak best tu.

sebenarnya dulu aku tak reti sangat nak main bende ni. pada mulanya aku wat akaun facebook ni adalah kerana suka2 dan tak lebih dari tu. pastu adalah member aku ni yang ajar macam mana main facebook ni. aku mula ketagih macam orang ketagihan dadah. dan akhirnya sekarang aku adalah pengguna tegar facebook. setiap hari aku akan komen sana status sana, komen status sini dan pelbagai lagilah.

kadangkala, aku tertanya - tanya juga, mengapa perlu adanya laman - laman sosial seperti ini? apakah dengan cara ini, maka ikatan silaturrahim itu akan terjalin lebih erat? atau sekadar suker2.. erm entahla, tak tau nak cakap. bercerita pasal facebook ni, aku pernah gakla terbaca satu cerita ni, dimana ada pasangan suami isteri yang bercerai kerana facebook. ada juga yang bertemu jodoh dalam facebook. itulah realiti yang berlaku sekarang.. hidup seolah-olah tiada makna jika tiada facebook.

p/s: makan facebook, tido facebook, minum facebook.. segalanya facebook-----> sucks..

Hari ini hari Selasa

hari selasa yang indah.. matahari memancarkan sinarnya menerangi seluruh alam.. mendung kelabu berarak pergi, pergi bersama kedukaan hati yang menusuk jiwa. Hari ini, tidak seperti semalam yang mendung dan hujan sepanjang hari. Besok, mengapa perlu difikirkan tentang esok? mampukah kita bertemu hari esok dan tahukah kita apakah yang bakal berlaku esok hari.

hari ini perlu dilalui dengan tenang. walau susah sekali pun kita harus menerimanya dengan penuh tabah. Perancangan juga perlu dibuat untuk hari esok agar tidak kelam kabut.. semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok menanti dengan seribu dugaan dan cabaran.

p/s: pendek giler blog aku hari ni..

adakah aku seorang badut?

Aku tak tau kenapa tajuk ini menjadi tajuk blog aku.. Mungkin aku berasa sangat bosan yang amat sangat maklumlah, duduk seorang diri dirumah flat kos rendah di daerah Kulaijaya, Johor. Bulan depan aku akan pulang ke kampung halaman, dimana aku akan bertugas di ibupejabat yang terletak di Kuala Lumpur. aku tak tau sampai bila aku akan berada disana dan adakah aku akan kembali semula ke negeri Johor.



berbalik pada tajuk blog ADAKAH AKU SEORANG BADUT?. persoalan yang agak sukar untuk dijawab. dan sering bermain2 dikotak fikiran ku sekarang ini. dan aku juga tidak tahu bagaimana untuk menghuraikannya dengan lebih terperinci. Apakah penting persoalan ini dijawab? atau dibiarkan tergantung? terpulanglah kepada diri aku sama ada mahu menjawapnya ataupun tidak. Apa yang penting sekarang ni ialah kenapa persoalan ni mula timbul dikala kepala otak aku ketandusan idea yang teramat sangat.. ermm..

Monday 26 July 2010

selamat malam..

Malam datang lagi dan manusia mula duilit mimpi. Masih ada lagi yang sedang bekerja demi mencari sesuap nasi. Ada juga yang sedang bersembang bersama rakan - rakan seperjuangan dikedai mamak bagi membincangkan isu-isu terkini dan hangat. ada juga yang mengambil kesempatan yang ada untuk melipat gandakan amalan kepada Allah dan memohon keampunan dariNYA. Malam yang diciptakan mempunyai rahmat dan nikmat. Tapi ada juga yang takut apabila malam menjelma. Ada makhluk yang menyeramkankah? atau ada samseng jalanan yang cuba meragut keamanan dan ketenteraman..

Bagi aku malam merupakan satu rahmat yang besar untuk aku. Diwaktu malam, aku boleh berehat dan tido. selain itu juga aku boleh ber"facebook" tanpa memikirkan kerja yang dilakukan disiang hari. Malam juga bagi aku merupakan satu nikmat yang Allah berikan pada hamba NYA. yelah, diwaktu malamlah kita tak perlu berasa panas terik matahari diwaktu siang. sejuk dan nyaman. lagi menarik jika hujan turun pada waktu malam.. lagilah bertambah panjang mimpi tu sehingga terlewat masuk ofis.

Apapun malam adalah satu kejadian alam yang unik. matahari berputar mengikut paksinya seperti yang telah ditetapkan. Lihatlah, Hebatnya Pencipta alam yang bijak mengatur alam semesta dan kita seharusnya bersyukur kerana nikmat yang telah diberikan olehNYA. Selamat malam semua. Semoga esok menjadi lebih baik dari hari ini. dan hari ini menjadi sejarah dan pengajaran untuk hari esok.

Kembara diKota Singa

Setelah lebih 2 tahun aku berada diJohor Bahru. Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke Singapura. Aku kesini hanyalah dengan satu tujuan, iaitu merapatkan kembali silaturrahim diantara aku dan saudara maraku disana. Cuma aku terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan Arwah nenekku yang telah kembali kerahmatullah pada disember tahun lalu. Arwah nenek aku merupakan warga negara singapura bersama dengan tiga orang anaknya. Yang terdiri daripada pakcik dan makcik aku. Cuma emak ku saja yang menjadi warga negara Malaysia, kerana mengikut arwah datukku datang kesini.

Semasa kecil, aku telah beberapa kali pergi kesana. Ketika itu arwah nenek masih ada. Aku seronok jika aku balik disana kerana ketika itu ramai sepupu aku yang boleh menjadi teman. Jadi aku tidak terasa bosan sangat. Sekarang semua sepupuku sibuk bekerja dan aku juga jarang bertemu dengan mereka. Jadi, kalau aku balik kesana, aku akan tidur dirumah pakcik.

Jika ada kesempatan pakcik aku akan membawa aku bersiar-siar disekitar Bandar kota singa. Keadaan disini samalah seperti kuala lumpur yang sentiasa sibuk. aku tengok keadaan disini banyak berubah tidak seperti dulu..banyak. rumah flat dibina dengan berbagai rekabentuk dan berdiri megah bersama penghuninya. tidak kurang juga bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan dan kerja2 penambakan tanah bagi meluaskan kawasan. Memang diakui singapura memang sempit.

Disini juga aku sempat melawat beberapa tempat yang boleh dikatakan menarik jugakla sepeti tempat letaknya kepala singa dan beberapa tempat lain. disini banyak shopping kompleks yang tumbuh bagai cendawan lepas ujan. Dan tempat yang paling feymes untuk bershopping ialah di orchard road. Ada banyak lagi tapi aku tak dapat nak cerita sebab aku tak suka berjalan2 dalam shopping kompleks. Kalau aku kesana, aku cuma pergi menziarah keluarga dan kalau berkesempatan jer baru aku boleh bersiar-siar.

Tanjong Pagar Railway Station.


Aku berkesempatan ke sana untuk bersarapan dan aku juga sempat mengambil gambar-gambar kenangan disana. ye lah, tak lama lagi tempat ni akan di robohkan. tempat ni juga merupakan satu tempat yang boleh dikatakan bersejarah gak la disingapura.

Tanjong Pagar ni merupakan stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) semua urusan berkaitan ngan keretapi akan dibuat disini. Dulu, masa aku kecik, kalau balik singapura, aku akan turun disini. Bangunan ni adalah bangunan lama memang cantik senibinanya.

Tak silap aku bangunan ni dibina semasa british memerintah malaya. agak sayang sekali kerajaan malaysia akan menjual stesen ini kepada kerajaan singapura.. ini bererti selepas ini sesiapa yang mahu ke singapura, mereka akan turun di JB central, dan seterusnya ke singapura.

Banyak tempat yang aku dah jejakkan kaki disana seperti pulau sentosa, change airport, west coast (kedai makan seperti medan selera) kolam pancing, pulau ubin dan sebagainya. Tapi yang paling menarik ketika aku pergi tempat letaknya lambang kemegahan singapura iaitu tempat ikan kepala singa. Lokasinya terletak ditengah2 bandar singapura. Tempatnya cantik dan menarik. Tapi aku berada disitu cuma seketika saja.







Gambar kepala singa.
begitulah serba sedikit tentang cerita kembara dikota singa. aku harap aku dapat menulis lagi.







minggu akhir di johor.

hari ini merupakan hari Isnin.. ya, hari isnin.. hari yang sangat membosankan bagi sesetengah orang yang bekerja.. tapi bagi aku, hari isnin seperti juga hari-hari yang lain.. cuma, hari ini adalah hari pertama bekerja dalam seminggu.

Pagi ini cuaca mendung kerana hujan turun dengan lebat malam semalam, dan ianya membuatkan aku tidur dengan begitu nyenyak skali sehingga aku terlewat masuk ke opis. Pagi tadi PN. ilyana memanggil aku dan memberikan kad insuran baru. dan beliau menyatakan bahawa minggu ini minggu terakhir aku di negeri johor. bermakna minggu depan aku akan pulang ketanah air yang telah lama aku tinggalkan demi mencari sesuap nasi.. dan dalam tak sedar, berat juga aku nak tinggalkan negeri johor ni. maklumlah dah lama dok kat sini. berbagai2 kenangan indah ketika aku berada di sini..

Di negeri ini jugalah aku banyak menimba pengalaman dalam bidang construction ni.. huhu.. kalau ikutkan, site aku banyak sangat masalah yang timbul, akhirnya aku berjaya juga menghadapinya.. Disini jugalah, aku mengambil lesen kereta dan juga pasport..dan aku juga pernah kemalangan di kota tinggi beberapa bulan yang lepas.. dan pelbagai lagi kenangan pahit dan manis.

aku masih lagi disini, disite opis johor. mengadap laptop sambil melayan lagu DEAD CITIES nyanyian the exploited. memandangkan tiada kerja yang boleh dibuat, maka aku pun merapu di Blog ni.. lagi pun aku dah lama tak menulis kerana kekeringan dan ketandusan idea. ni pun sebab saja-saja nak menulis.

Banyak lagi yang aku nak story kat sini.. tapi nanti jemu pulak nak membaca.. nantilah aku story.. ok chow..

Monday 5 July 2010

bebas

Ya, bebas.. Itulah tajuk blog aku hari ini. Memandangkan tiada tajuk yang bermain fikiran untuk dikongsikan bersama. Bebas dalam erti kata lain bererti merdeka. Tapi bukan tajuk merdeka yang aku ceritakan sebab merdeka lambat lagi. Jadi, Bebas disini bererti aku boleh bercerita apa saja tanpa memikirkan tajuk yang nak dibincangkan.

hari ini, aku telah membeli 2 biji durian dengan harga yang boleh tahan mahalnye.. mujur isinya ok, kalau tak memang aku sumpah seranah tokey durian tu.. bercerita pasal luar nampak cantik dan dalam busuk, teringat aku pada kisah ayam percik yang aku beli kat bazar ramadhan tahun lepas. Masa tu, waktu berbuka puasa telah hampir tiba, jadi aku pun pergi ke bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka, sesampainya disana, aku terpandang seorang makcik sedang menjual ayam percik. Aku tengok ayam perciknya masih banyak,mungkin baru bukak, jadi aku pun membelinya.. apabila tiba waktu buka puasa, aku pun terus menjamah ayam percik tadi, sedang asyik aku menjamah, tetiba aku rasa lain macam, rasa macam daging mentah, dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat ayam tersebut tidak masak didalamnya. punyalah angin aku masa tu, terus aku tak makan ayam tu.. sejak tu aku terus tak beli ayam percik kat warung dier..

tu lah citer ayam percik di bazar ramadhan. bercerita pasal bulan puasa, lagi sebulan kiter sekali lagi akan menyambutnya. terasa pantas masa berlalu. pejam celik, pejam celik dah puasa lagi.. dan aku pun dah nak masuk 28 thun bulan depan. kebetulan hari jadi aku jatuh pada bulan puasa, jadi tak bolehlah aku nak celebrate besar-besaran. tapi tak perlah, mungkin ada barakahnya nanti.

tetiba plak aku terpikir pasal kawin. Rakan-rakan seusia denganku ramai yang dah berumahtangga. Tak dinafikan, aku terasa sunyi dan bosan hidup sendirian. Kadang - kadang bila aku duduk termenung, aku selalu tertanya - tanya, bila aku nak kahwin. Umur dah nak 30 tahun, tapi masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai. Kalau balik kampung, ramai yang bertanya, bila nak naik pelamin. aku tak boleh nak cakap apa, jadi jawapan yang aku selalu guna ialah, JODOH BELUM SAMPAI LAGI.. Yang buat aku tak tahan bila mak aku cerita adik - adik aku dah bawa pasangan diorang balik umah jumpa mak aku, dalam hati aku hanya mampu menangis dan berdoa mudah-mudahan jodoh aku sampai. Insya Allah, kalau tak ada aral, tahun depan aku akan menikah. Calon? hehehe, tak der lagi. Kalau niat baik, ada la.. Insya Allah.

mata dah mengantuk. Rasanyer cukup sampai disini. lain kali aku akan menulis lagi. :) Semoga berjumpa lagi, Wassalam.

Thursday 1 July 2010

Assalamualaikum

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA, maka terhasillah blog yang tak seberapa ni. Dan hari ini merupakan hari pertama aku membuat blog, walaupun pada mulanya agak terkial-kial mencari cara sebenar membuat blog. Dengan berkat kesabaran yang tinggi, akhirnya terhasillah blog ini yang bertajuk “usah terpedaya dengan kemewahan duniawi”. Kepada pembaca usah ditanya mengapa aku memilih tajuk ni.. jadi paham2 lah sendiri..

Sebenarnya, sebelum ni, aku ada juga cuba berjinak2 dengan dunia blog ni, tapi hangat-hangat tahi ayam jer. Kali terakhir aku update blog ni, masa bulan 2 hari tu.. tu pun masa “register” blog ni.. lepas tu mana ada aku “update” sampai sekarang. Inipun kerana aku ada terbaca blog sahabat aku ni.. tu yang cuba2 nak ber”blogger” ni..Dan aku bukannya pandai pun nak bermain kata-kata (pasal tu tak der awek) nak mengarang panjang-panjang ni lagilah aku tak reti, apa yang terlintas kat dalam kepala otak aku, aku tulis jer.. lagi satu, kalau bab2 yang melibatkan "copy paste" memang aku cukup suka. Yela, masuk blog orang pastu copy bulat-bulat paste kat blog aku, lepas tu mengaku yang blog tu aku punya (seperti yang dilakukan kebanyakkan orang) tapi aku tak nak ler wat macam tu, yela karya orang ditiru bulat-bulat kemudian mengaku blog kita.. kalau boleh, blog aku ni biarlah aku sendiri yang karang dan aku sendiri yang baca (boleh ker macam tu?)

Oklah.. aku nak cerita sedikit pasal diri aku ni.. aku ni manusia biasa seperti orang lain, makan, minum, tidur dan sebagainya.. cuma aku ni berbeza sedikit ngan orang lain.. senang cakap aku ni cacat.. walaupun begitu, aku tak meraih simpati dari orang dan aku tak susahkan orang tua aku.. aku boleh berdikari sendiri tanpa bantuan orang lain.. aku bukannya suka sangat pun nak minta - minta simpati. Bagi aku, biarlah berusaha sendiri dari meraih simpati dan cacat bukan bererti tidak berupaya. jadi aku kena buktikan bahawa aku bukanlah orang yang suka meraih simpati..
Perut pun dah lapar.. jadi aku nak pegi makan. nanti aku nak citer plak kisah dan perjalanan hidup aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...