Friday 10 December 2010

Jumaat: Penghulu segala hari...

hari ni hari Jumaat. Hari dimana umat islam khususnya lelaki akan keluar ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Jumaat juga merupakan penghulu segala hari dimana ianya sangat istimewa. Banyak peristiwa yang berlaku pada hari jumaat antaranya ialah hari dimana Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah S.W.T dan mendiami syurga. selain itu juga dihari jumaat jugalah Nabi Adam a.s diturunkan kebumi bersama isterinya Siti Hawa. Hari jumaat juga merupakan hari dimana segala doa orang2 mukmin akan dimakbulkan Allah S.W.T seperti mana sabda junjungan besar kita Nabi Muhamamad S.A.W. yang bermaksud "Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan."(Hadis riwayat Tirmidzi).

marilah kita sama2 mengambil keberkatan hari jumaat dengan berdoa dan beribadat kepada Allah S.W.T agar diri kita sentiasa diberkati dan diredhaiNYA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...