dalam hidup ni tak ada perkara yang mustahil dan tak ada perkara yang sukar. semua perkara atau masalah boleh diselesaikan dengan mudah seandainya kita menganggapnya mudah. walau sesukar manapun masalah itu ia pasti dapat diselesaikan. asalkan tidak mudah putus asa dan patah semangat.
dalam kehidupan yang serba canggih ni, pasti ada banyak masalah yang melanda, tak kiralah masalah apa. tapi pernah tak kita terfikir bahawa kitalah sebenarnya punca masalah itu dan kita jugalah yang mesti selesaikannya walau sesusah manapun ia, kita mesti hadapinya dengan tenang dan tabah.
banyak cara dalam menyelesaikan masalah, tapi pastikan kita menanganinya dengan bijak, jangan ambil jalan mudah seperti membunuh diri dan apa saja perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. bunuh diri bukanlah penyelesai masalah, malah ia mengundang padah malah masalah yang paling besar pula yang akan timbul antara diri sendiri dan juga sang pencipta. oleh itu janganlah kita membunuh diri.
Tanganilah Masalah anda dengan bijak... Setiap masalah boleh selesai jika anda tahu mengatasinya..