Blog terakhir? haha.. tajuknya seperti kecewa tetapi tidak.. memandangkan hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2010, maka entri ini adalah entri yang terakhir untuk tahun 2010. Memandangkan esok merupakan tahun 2011, maka aku ingin mengucapkan selamat tahun baru.. semoga tahun 2011 akan memberikan sinar harapan yang baru buat aku dan keluarga..
Bila masuk tahun baru, pasti ada azam baru, berbagai2 azam yang aku dengar, ada yang nak berhenti merokok, ada yang nak beli kereta besar dan ada yang nak beli rumah, apapun azam2 ni semuanya bagus dan perlu ada usaha bagi mencapai azam2 tersebut. Azam aku tahun depan ialah aku nak bebaskan diri aku dari hutang belajar atau segala bentuk hutang yang membelenggu hidup aku. aku harap aku berjaya melaksanakannya
Tahun2 yang lalu, aku berazam bahawa aku akan mencari awek dan berkahwin, tapi ianya tidak menjadi kenyataan, jadi, tahun ni aku dah tak nak buat azam macam tu lagi. biarlah ALLAH tentukan segalanya. Yang pastinya, aku nak bebaskan diri dari hutang dan mengelakkan diri dari berhutang.
Insya Allah aku akan cuba berusaha bagi mencapai azam aku untuk tahun 2011 ni... mudah2 an dengan izin NYA, AMIN...