satu soalan yang bermain - main dikotak fikiran aku skang ni. adakah aku sedang mencari jodoh atau menunggu jodoh? aku sendiri pun konfius dengan persoalan ni. Bukan apa, bila aku fikir pasal jodoh ni aku mula gelisah dan kadangkala marah tak menentu. aku pun tak tau kenapa? sampai ada masanya aku terfikir nak ikut jejak langkah pakcik aku yang tak berkahwin sehingga meninggal dunia. Boleh ker aku buat macam tu,menghukum diri aku sendiri kerana tidak berjumpa dengan jodoh yang sesuai.
perlukah aku menunggu jodoh itu datang dengan sendirinya tanpa dicari, duduk melepak2 lepas tu jodoh pun sampai. Kata orang walaupun jodoh tu ditangan Allah, tapi kita hendaklah mencarinya. memang betul apa yang diperkatakan orang, cuma sekarang ni aku ada masalah, aku terlalu merendah diri dengan kekurangan yang ada pada diri aku. sifat ni memang dah terlalu sebati dengan aku sejak dari dulu lagi. setiap kali aku nak mendekati perempuan atau mengorat perempuan pasti hati kecil aku akan berkata, "aku ni dah la tak ensem kalau aku pergi ngorat si polan ni paling kuat pun mesti kena hamun punya".. aduh.. tewas sebelum berjuang.. bila hati dah berkata cam tu, terus jatuh semangat aku..
Apapun aku berserah jer pada Allah. Kalau ada jodoh aku didunia ni maka aku akan berkahwin,andai tiada jodoh aku didunia ni mungkin diakhirat nanti aku akan bertemu dengan jodoh aku. Jadi aku berdoa agar aku bertemu dengan jodoh aku kelak.. Insya Allah...