Tuesday, 29 November 2016

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni.. bukan sebab sibuk tapi sebenarnya malas nak update dh.. so.. mmg aku dh malas nak update..

Wednesday, 30 April 2014

Selamat hari pekerja

Esok merupakan hari cuti umum. Dikesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari pekerja... ok bye...

Wednesday, 1 January 2014

Tahun baru...

Bunyi mercun kedengaran memecah kesunyian sebagai meraikan tahun baru 2014. 2013 baru sahaja pergi meninggalkan aku. Bersyukur diatas limpah kurnianya kerana aku dapat berjumpa dengan tahun 2014.. Post yang sedang karang ini juga merupakan post yang pertama bagi tahun ini..

Tahun silih berganti namun aku masih lagi seperti dulu, keseorangan dan masih lagi mencari teman hidup. Setiap tahun aku mengharapkan agar ada yang sudi menerima aku seadanya... tahun ni, aku tak mahu mengharapkan apa2 yang berkenaan dengan teman hidup. Kalau ada, adalah.. kalau tak der aku mestilah redha dengan ketentuan Nya..

Apapun semoga tahun 2014 ni akan memberikan sinar harapan untuk aku dan berharap agar tahun ni lebih baik daripada tahun lepas. Aku akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan agar aku dapat mencapai segala apa yang aku hajati..

Wednesday, 8 February 2012

MENCARI SEMULA SEMANGAT KERJA YANG HILANG

Setelah bercuti selama 4 hari, hari ini merupakan hari pertama bekerja untuk minggu ni.. seperti biasa, selepas bercuti panjang, keadaan lemau akibat bercuti masih lagi berleluasa dalam diri dan hasilnya, satu kerja pun tak jadi.. adalah sikit kerja2 basic yang boleh dibuat hari ni..

Lepas ni, dah tak der cuti2 panjang ni.. yang paling last, bulan 5 nanti, tu pun kalau adalah nak amik cuti hari isnin sebab selasa tu hari pekerja.. pastu tunggulah sampai bulan 8.. huhu..

apapun cuti, cuti gak, tapi kerja kene siap, baru bleh merasai ketenangan ketika bercuti.. kalau tak memang tak senang duduk, ataupun kene kerja time cuti..  so, malas lah nak mengarut panjang2... see ya.. ciaoo

Tuesday, 7 February 2012

mata masih belum mengantuk...

mata tak ngantuk lagi.. maklumlah esok cuti lagi.. so kesempatan yang ada ni, aku gunakan seketika untuk update blog aku ni..

sebenarnya banyak aku nak tulis kat sini.. tapi malangnya idea tu tak der.. jadi tak dapatlah nak merapu panjang2. sebab saja nak banyakkan post..  itu saja...

Sunday, 5 February 2012

Facebook yang membosankan...

Sejak akhir2 ni aku dah jarang log in akaun facebook aku tu.. aku dah tak tau nak buat aper ngan facebook aku tu.. nak kata tak ramai kawan, kawan2 aku ramai gak dalam facebook tu.. semua kawan2 lama aku time belajar dulu.. awek? huhuhu.. malas aku nak cari awek via Facebook ni.. dulu masa mula2 aku buat blog ni aku ada citer pasal Facebook ni..

Gambar Ihsan dari Google
Dulu, aku terlalu addicted dengan Facebook ni.. masuk office layan facebook dulu pastu baru buat kerja.. balik rumah pun facebook lagi sampai 2-3 pagi melayan komen kawan2 dan mengomen status kawan2.. sampai kene sound ngan mak aku pasal tersenyum sorang2 kat depan lap top. Bila dah bosan mengomen, layan game plak macam farmville, mafiawars, barn bunny dan lain2.. yang paling palat aku pernah tak tegur  member seofis aku ni pasal komen yang ntah apa2.. tapi skang dah ok sebab biler pikir2 balik macam bodoh jer gaduh pasal facebook.. dah la dok satu ofis.. pastu gaduh pasal bende2 remeh macam tu.. macam tak matang plak..

pada aku yang best pasal facebook ni ialah dapat merapatkan kembali perhubungan yang dah lama putus.. aku tak nafikan aku banyak jumpa balik kawan2 yang aku tak jumpa biler tengok kat profile, masing2 ada yang dah kerja, dah beranak pinak pun ramai gak.. lagi satu, yang tak best plak pada aku, kalau bab komen status, bab ni paling palat.. pantang tulis jer sesuatu kat status, mesti ada jer yang komen.. ada yang ok, ada yang tak dan ada yang kadang2 boleh bagi moral down..

sekarang, pada aku facebook dah tak memberi apa2 makna pada aku, kalau dulu aku boleh menghadap sampai 3 - 4 pagi, tapi sekarang tak lagi, paling kuat pun 2-3 minit, pastu blah.. nak buat apa lepak lama2 kat Facebook, buat semak kepala jer tgk status dan komen orang..

FACEBOOK IS NOT A BETTER PLACE TO HANG AROUND AND NOT A BETTER PLACE TO SHARE ALL YOUR PROBLEMS..

Cuti lagi....

Minggu ni cuti lagi.. agak panjang gak ada ler 4 hari.. ini bermakna aku akan bercuti sampai hari selasa dan hari rabu baru start keje balik..Apapun selamat bercuti dan selamat berehat2 bersama keluarga tersayang...

Salam Maulidur Rasul 1433H.....

gambar diambil dari blog fairus.com
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433 Hijrah bersamaan 05 Februari 2012...

Tuesday, 31 January 2012

12.00 malam

jam telah menunjukkan jam 12.00 malam. terdengar bunyi mercun diluar sana dan tidak diketahui pula punca mercun2 tersebut dibakar. Adakah kerana mereka itu sengaja membakarnya, atau sebaliknya.. entahlah.. aku pun tak tau.. kat tv plak berita yang tak berapa berita sangat.. asyik mainkan isu2 yang sama berulang2 setiap hari. tak der satupun berita yang menggembirakan golongan perkerja bawahan macam aku ni.

sambil menghirup baki air koko yang aku bancuh tadi, aku sambung semula menaip cerita yang tah aku pun tak tau nak cerita.. otak terasa kusut dan pening.. Siang tadi merupakan hari yang paling palat sekali.. seperti biasa, aku scan dokumen yang disuruh oleh bos, tak alih2 scanner buat taik. berkali2 aku mencuba akhirnya pada pukul 4 petang barulah berjaya.. memang palat, kalau ikutkan hati mau aku amuk satu opis, tapi apakan daya aku tak boleh bersikap demikian, silap2 kena terajang nanti..

mata mula mengantuk dan mula menguap kasar.. hurm tetiba datang plak idea yang berapa idea sangat.. hurm... layan jerlah.. eh hilang plak.. aduh.. boleh plak hilang2.. hurmm layan jerlah.. esok, macam biasa, kene buat lagi kerja2 tu.. seb baik tak banyak dah.. kalau tak mau aku suruh orang lain buat.. esok kalau palat lagi, memang aku dok rilek jerlah..

Oklah nak layan surf jap, mana tau datang idea...

Monday, 30 January 2012

jiwa kosong...

sejak akhir2 ni, terasa jiwa terlalu kosong, sunyi dan sepi.. ketika berada dalam keadaan demikian, bermacam2 perkara yang aku pikirkan.. hutang, pekerjaan dan macam2 lagilah..

ni nak tulis pun tak tau.. sebab jiwa tengah kosong dan serabai..
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...