Sunday 5 December 2021

gambar2


Jambatan Putrajaya


Jeti Lumut


Bangunan Mahkmah Tinggi Putrajaya


Putra Perdana Putrajaya

Koleksi gambar - gambar bangunan..



Sunday 25 April 2021

13 Ramadhan 1442

Zaman sekarang orang yang jahil lebih didengar cakapnya berbanding orang yang berilmu. Setiap butir kata yang keluar dari mulut si jahil akan diterima dan dijadikan pegangan oleh orang yang jahil pula. Tidak hairanlah masyarakat hari telah rosak kerana fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang jahil. 


Bagi orang yang berilmu pula. Apa saja yang keluar dari tutur katanya akan dianggap asing malah dituduh pula sebagai orang yang mengajar ilmu salah. Ada juga yang dituduh dengan berbagai gelaran. Dan itulah realiti yang terjadi pada hari ini. 


Saturday 24 April 2021

12 Ramadhan 1442

Puasa dah masuk hari yang ke 12. Bermakna lagi 18 hari ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua. 

Friday 23 April 2021

11 Ramadhan 1442

Hari ni hari ke sebelas puasa. Bermakna telah masuk 10 hari pertengahan ramadhan dan tinggal lagi 19 hari untuk menyambut aidilfitri. Terasa seperti semalam mula berpuasa. Tau2 jer dah 11 hari puasa. Alhamdulillah masih lagi berdaya untuk berpuasa walaupun badan tidak sihat sedikit. Mudah2an aku dapat menghabiskan puasa aku tahun ni.

Thursday 22 April 2021

10 Ramadhan 1442

Apa yang aku nak tulis pun aku tak tau. Mata mengantuk, cuaca kat luar pun redup jer. 

Wednesday 21 April 2021

9 Ramadhan 1442

Suasana petang yang hening. Cuaca cerah dan panas. Kelihatan awan tebal berarak. Beberapa jam lagi waktu berbuka puasa akan tiba. Bersyukur diatas nikmat dan kesempatan yang telah diberikan untuk menjalankan ibadah puasa pada hari yang ke 8.

Tuesday 20 April 2021

8 Ramadhan 1442

Sekejap je dah 8 hari kita berpuasa dan kes covid pulak semakin meningkat. Hurm tak tau nak cakap apa. Harap2 dapatlah balik kampung raya nanti.

Monday 19 April 2021

7 Ramadhan 1442

Alhamdulillah kerana diberikan kesihatan dan kesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada hari ke 6. Sekejap jer dah 6 hari kita menjalani ibadah puasa.. sekarang masa terlalu cepat berlalu sehingga tak sedar 10 pertama hampir habis.. 


Sunday 18 April 2021

6 Ramadhan 1442

"Hukum asal ibadah itu adalah haram sehingga ada dalil untuk melakukannya dan hukum Asal setiap segala sesuatu adalah mubah dilaksanakan sehingga ada dalil mengharamkannya"

Aku terfikir kata2 ni sejak dari waktu sahur lagi.. 

Saturday 17 April 2021

5 Ramadhan 1442

Setelah 5 hari berpuasa.. semalam telah berlaku suatu peristiwa yang mencemaskan.. tayar belakang kereta yang dipandu pecah akibat melanggar sesuatu.. aku tak apa yang aku langgar.. yang aku tau aku macam melanggar benda berat seperti besi ditengah jalan.. syukurlah sebab ada tayar simpanan.. kalau tak dah tentu berbuka puasa kat tepi jalan..

4 Ramadhan 1442

Hari ni baru ada kesempatan untuk menulis.. alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa.

Thursday 15 April 2021

3 Ramadhan 1442

Alhamdulillah.. hari ni dah hari ketiga puasa dan diberikan kesempatan dan kesihatan untuk melakukan ibadah puasa pada hari ini.  

Macam biasa. Pagi ni cerah dan ceria. Kawan2 pun sihat2 belaka.

Semoga terus sihat dan ceria seperti selalu.

Wednesday 14 April 2021

2 Ramadhan 1442

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari kedua hari puasa. Hari cerah dan matahari menyinari alam. Burung2 berkicau riang menceriakan suasana pagi 2 Ramadhan 1442. 

Seperti biasa hari ini pergi bekerja dan berada di pejabat. Kelihatan kawan2 mula datang ke pejabat dan memulakan hari mereka dengan memberikan salam dan senyuman apabila bersua muka.

Semoga ketenangan begini dapat dikecapi sehingga penghujung bulan ramadhan.

Tuesday 13 April 2021

1 Ramadhan 1442

Alhamdulillah kerana dengan izin Nya.. maka dapatlah aku bertemu lagi di bulan yang penuh keberkatan. Berbanding tahun lepas, tahun ni dah boleh solat tarawih dimasjid. Bazar ramadhan pun dah boleh berniaga. Walaubagaimanapun, harus diingat.. virus covid masih lagi ada dan masih lagi boleh menjangkiti orang ramai yang alpa dan lupa. Ambillah peringatan dan pengajaran serta syukurilah dengan apa yang kita rasai hari ni. Jangan kerana sikap pentingkan diri sendiri maka kita hilang lagi apa yang kita ada pada hari ini.

Sunday 3 January 2021

Salam 2021

2020 telah berlalu pergi
Meninggalkan pelbagai kisah suka dan duka
Banyak perkara telah berlaku
Yang banyak mengubah dunia
Dan mengubah rutin harian

Munculnya wabak Covid 19,
Wabak membunuh dari China
Pergolakan politik Malaysia
Amerika dapat presiden baru
Itulah rencah 2020
Yang baru pergi 
Menjadi sejarah dan kenangan

Lembaran 2021 dibuka
Dengan harapan dan doa
Agar lebih baik dari 2020
Agar sirna segala wabak penyakit
Agar politik kembali stabil
Agar amerika tidak serakus dulu..

Semoga 2021 akan memberi sinar baru kepada semua orang
Sungguhpun begitu muhasabah dan perbaiki lah diri 
Kerana setiap waktu yang pergi tidak akan kembali
Sisa waktu yang tinggal, gunakanlah sebaiknya.
Isilah ia dengan amalan yang baik.
Dan carilah ilmu sebagai benteng dari kejahilan.

*siap ditulis pada 3 januari 2021



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...