Thursday 29 July 2010

Tragedi 29 Mei 2010.

pagi itu matahari memancar terang dan terik, jam menunjukkan pukul 8 pagi. aku mengesat - ngesat mata, baru bangun tidur. pagi tu aku ada tugas di felda bandar mas, kota tinggi, johor dimana kerja-kerja meng"uprade power" diklinik kesihatan bandar mas. Tanpa membuang masa, aku mengambil tuala dan terus kebilik air. setelah itu, aku menyediakan berberapa peralatan untuk dibawa bersama. aku tak tahu mengapa pagi itu perasaan aku kurang enak, aku terasa berat mahu meninggalkan rumah. pelbagai persoalan bermain-main difikiranku, memikirkan mimpi yang aku alami sebentar tadi. (aku bermimpi bahawa bumbung kereta ku koyak). tanpa membuang masa, aku pun mengambil kunci kereta ku dan terus turun kebawah untuk memanaskan enjin kereta. setelah memanaskan enjin kereta, aku pun terus menuju ke destinasi.

kereta ku meluncur laju melalui jalan kulai - kota tinggi. aku menyanyi kecil sambil mengikut rentak lagu yang berkumandang dicorong radio bagi menyedapkan hati yang sememangnya tidak sedap sedari tadi. setelah sejam lebih berjalan, aku pun sampai ke destinasi pada jam 9.45 pagi. menurut arahan yang aku dapat, tugas yang akan dilakukan akan bermula jam 10 pagi. ketika aku sampai, tiada tanda yang kerja akan dimulakan. keadaan sunyi dan sepi. Grurrr, perut ku berbunyi, jadi aku mengambil keputusan untuk makan diwarung yang berhampiran dan kembali semula 15 minit kemudian aku kembali semula dengan harapan kerja akan bermula, tetapi hampa, segalanya seperti tadi, sunyi dan sepi. aku mengambil handset yang tersimpan dipoket seluar dan mendail no mereka2 yang terlibat. mereka menyatakan bahawa mereka dalam perjalanan ke sini dari pontian.. "aduh lama lagi kot", aku mengomel sendirian.

Setelah 2 jam menunggu akhirnya sampai juga pihak kontraktor dan TNB. aku menarik nafas lega, tetapi perasaan tidak enak tu masih lagi menguasai diri. seorang dari pegawai TNB memanggil ku dan meminta kepada ku dimanakah tempat yang sesuai untuk disambung kabel dan aku pun menunjukkan tempat tersebut yang berada betul2 dibawah MCB(sila betulkan jika aku silap). Tepat jam 12.30 tengah hari kerja2 penyambungan kabel pun bermula. menurut mereka, kerja yang dimulakan mungkin selesai agak lambat bergantung pada faktor cuaca. sekirannya cuaca baik, maka kerja yang dijalankan mungkin cepat siap. ini kerana ia juga membabitkan kerja penggantian feederpiler yang lama kepada yang baru. selain itu juga, tenaga elektrik juga terpaksa dipotong bagi memudahkan kerja. pencawang lama terletak bersebelahan dengan rumah orang kampung.jadi, aku faham kerana kerja2 begitu memerlukan ketelitian dan perlu berhati2. sekiranya tersilap langkah maka buruk padahnya.

jam menunjukkan pukul 2.30 petang, kerja terus berjalan. Dikaki langit mula kelihatan awan hitam berarak perlahan, menunjukkan hujan akan turun. aku mula resah dan tak menentu, jika hujan, ini bererti aku terpaksa menunggu lebih lama lagi. aku menarik lafas lega apabila hujan tidak turun pada petang itu. ini amat memudahkan dan melancarkan kerja yang sedang dijalankan. masa terus berlalu, aku mengajak pegawai TNB itu minum petang bersama ku. berbagai perkara yang kami bincangkan. sesudah itu, aku kembali melihat kerja penggantian feederpiler dijalankan. kira2 pukul 3 petang kelihatan lori TNB masuk kekawasan klinik, aku pun terus ke klinik dan aku menunjukkan tempat dimana kabel perlu disambung. sejam setengah kemudian kerja tersebut siap.

setelah itu, aku pergi ketempat kerja penggantian feederpiller. aku minum lagi buat kali kedua kali ini aku bersama 3, 4 orang lagi. bermacam perkara yang kami bualkan. menurut salah seorang daripada mereka, satu kejadian telah berlaku di pasak, dan kenderaan bergerak perlahan. bagi mengelakkan jem aku menunggu sejam dua lagi.

matahari memancar kemerahan disebelah barat, jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Pegawai TNB yang minum bersamaku meminta diri sebentar untuk pulang kerumah bapanya difelda sening, dan dia akan datang lagi selepas maghrib. keadaan beransur2 gelap. generator mula dihidupkan bagi menerangi. 30 minit kemudian,kuasa generator tersebut mula lemah. setelah diperiksa, didapati minyak petrolnya telah habis. jadi, aku disuruh untuk membeli minyak petrol distesen minyak berhampiran. aku menghidupkan enjin kereta, aneh, kereta seolah kehabisan bateri, walhal pagi tadi elok, aku mencuba lagi. tapi enjin gagal dihidupkan. akhirnya aku memberitahu bahawa bateri kereta kong. hari semakin gelap, aku melihat jam dihanset menunjukkan pukul 7.15. sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang. kerja masih lagi diteruskan. kira2 30 minit kemudian, Pegawai TNB yang pulang tadi datang semula. aku cuma memerhatikan saja. "mengapa awak tak balik lagi?". katanya pada saya. "awak tak perlu risau, sebab kerja awak dah siap, nanti saya akan contact TNB Pasir Gudang untuk kerja penyambungan kuasa dari tiang ke klinik." katanya lagi. "OK, kalau macam tu saya balik dulu". kata ku.

Tanpa membuang masa, aku terus kekereta dan menghidupkan enjin. Aneh, enjin kereta dapat dihidupkan sedangkan tadi bateri kong aku menarik nafas lega kerana aku boleh pulang kerumah tanpa aku sedari ada bahaya yang sedang menanti. aku terus memandu pulang, sampai felda air tawar 2, aku mengeluarkan dan menghidupkan api. aku memandu berhati2 dengan had laju yang ditetapkan sambil menghisap rokok. tiba-tiba dalam jarak 5 meter, aku ternampak percikkan api dari arah bertentangan. "Ada eksiden". kataku sendirian, aku cuba memperlahankan kenderaan, tiba-tiba, satu kereta melintang dilaluan ku, aku tak mampu berbuat apa2. "Dam !" kereta ku berlanggar dengan kereta yang melintang tadi dada aku terhentak distereng dan aku hanya mampu mengucap. aku mengambil hanset aku dan menelefon keluarga dikampung, memberi tahu bahawa aku terlibat dalam kemalangan. sedang aku menelefon, datang seorang pemuda melayu menyuruh aku keluar dan mematikan enjin kereta.


kereta yang remuk

aku lihat kereta aku remuk dibahagian hadapan. aku tak sangka bahawa aku akan terlibat dalam kemalangan jalan raya malam itu. orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. aku lihat kereta yang aku langgar tadi sangat teruk. aku meneka mungkin juga pemandu dan penumpang kereta itu parah. begitu juga kereta yang melanggarnya dari belakang. Jalan mula sesak dengan kenderaan kerana mahu melihat kejadian yang berlaku. aku hanya memerhatikan saja situasi yang cemas itu sambil mengurut dada yang sakit. tidak lama kemudian aku dibawa kehospital dengan sebuah teksi. aku termenung seketika dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi dan aku bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.

sesudah mendapatkan rawatan dihospital aku terus kebalai polis berhampiran untuk mebuat laporan. aku mula cuak apabila mengenangkan lesen aku yang masih dalam percubaan. setelah memberi keterangan dan menceritakan peristiwa kemalangan itu kepada pegawai bertugas, aku pun pulang kerumah. kedua orang tua ku telah sampai kerumah ku malam itu juga. dan mereka bersyukur kerana melihat aku tidak mengalami kecederaan yang serius. kereta aku yang remuk ditarik kebengkel untuk dibaiki. sekarang kereta aku telah siap sepenuhnya. dan kini berada di Klang, syukurlah segalanya telah pulih. Sejak dari peristiwa itu, kini aku memandu dengan berhati-hati. aku berdoa agar ianya tidak terjadi lagi dan aku berdoa agar dijauhkan dari segala mala petaka. aku juga berharap agar pemandu yang menjadi punca kemalangan sedar dan tidak mengulanginya lagi diwaktu yang akan datang.


kesimpulannya:-

  • jangan berjalan sesudah waktu maghrib
  • jangan tinggalkan solat maghrib
  • jangan merokok didalam kereta


Tuesday 27 July 2010

MLM - fenomena baru masyarakat malaysia.

sekarang ni heboh diperkatakan tentang satu bisnes yang dikatakan boleh memberikan pulangan yang sangat hebat dan mampu untuk memberikan kekayaan dalam sekelip mata tanpa apa-apa usaha. Bisnes ini dipanggil Bisnes MLM. ya.. MLM, satu bisnes yang boleh dikatakan hebat pukulannya pada masyarakat masa kini. Bisnes ini dikenali sebagai MLM kerana seseorang perlu menjual barang sambil mencari downline. sekiranya ramai downline, bermakna income yang anda akan dapat sangat banyak.


itulah modus operandi multi level marketing atau MLM ni. Dengan bermodalkan air liur, mereka akan mencucuk jarum dan mempengaruhi mereka yang lemah fikirannya dan terlalu gelojoh untuk menjadi kaya tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. antara lain modus operandi mereka ialah supaya membeli barangan yang bernilai beribu-ribu ringgit, walhal barangan tersebut tidaklah semahal harga sebenar yang dikeluarkan oleh kilang. gah jer lebih, tapi hampeh.

Apa yang lihat skang ni, kebanyakkan orang yang terlibat dalam bisnes ni terdiri dari orang melayu. Jarang sekali kita mendengar orang cina atau orang india yang terlibat dalam MLM ni. ni yang pelik, kenaper orang melayu terlalu taksub dengan bisnes semacam ni? tidak tahukah mereka akan hukum agama yang menyatakan bahawa perniagaan yang ada unsur penipuan it adalah haram.. Yang lebih pelik apabila ada juga ustaz2 yang terbabit sama. adoyai, pening tengok fenomena macam ni. sibuknya diorang ni mengalahkan perdana menteri uganda.

aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku pasal MLM. walaupun aku tak join, tapi ada beberapa rakan aku pernah terjebak ngan MLM. diorang baper kali ajak aku dan aku pernah pergi diorang nyer gathering dua tahun lalu. macam budak-budak pra sekolah. lawak sungguh. aku sememangnya tak berminat langsung ngan bende2 macam ni. kene cari downline seberapa banyak yang boleh dan kemudian aku akan dapat pulangan melalui downline yang aku cari. huh, malas aku, baik aku keje makan gaji cam skang ni. kurang-kurang ada gak duit sendiri dari aku makan duit orang melalui cara menganiaya orang.. beberapa bulan yang lalu, adalah seorang kawan aku tepon, katanya nak berjumpa di sebuah kedai mamak yang terletak berhampiran pejabat aku. pada mulanya, aku fikir yang kawan aku ni nak jemput kawin, rupernyer dier ajak ajak aku join bende alah ni. owh no.. aku tak nak.. dier juga mengajak aku pergi gathering yang yang diadakan diutm, tapi haram aku tak pegi pun. buang masa jer kalau aku pegi, baik aku lepak umah, ada gak faedahnya.. ni tak, pening2 cari downline, last2 kawan aku gak yang kenyang

masa aku jumpa dengan member aku tu, dier adala tunjuk beberapa statement yang boleh dikatakan suspicious.. dier tunjuklah gambar2 dan artikel2 yang boleh menguatkan hujah bagi mempengaruhi aku. tapi aku bukanlah budak tadika yang boleh diumpan dengan gula2. aku tau semua tu salah, tapi aku layan kan jer. nanti kalau tak layan kecik ati plak. antara yang membuatka perasaan syak aku bertambah kuat ialah:-

  • menunjukkan artikel surat khabar keluaran tahun 2008 - mak ai, statement dua tahun lepas kot yang dier tunjuk kat aku. walau macam manapun aku tetap tak percaya ngan MLM ni.
  • menunjukkan gambar percutian mereka2 yang telah menjadi ahli - umang ai.. lagi tak leh blah, mana erk diorang dapat duit banyak tu.
  • menunjukkan gambar kereta mewah yang digunakan ahli2. - lagi tak leh blah, mana diorang dapat duit bayar downpayment?
  • menyuruh aku mebuat bank loan sebanyak RM20K untuk membeli barangan dan juga modal - baik aku wat kawin duit tu lagi bagius

apapun MLM bagi aku satu bisnes penipuan yang menindas mereka yang berada dibawah. Dalam Islam, perniagaan yang mempunyai riba, penipuan dan penindasan adalah HARAM jadi aku tak nak melibatkan diri secara langsung dalam perniagaan seperti ni. biarlah diorang letak gambar dengan label, "Duit makan tujuh keturunan pun tak abis". bagi aku, kalau duit haram tu memang haram, ia tidak akan menjadi halal. dan ia juga tidak akan kemana. oleh itu aku harap kepada mereka yang taksub dengan MLM, hentikanlah.. buang masa jer, macam pengemis..

P/S: teringat kisah mak aku ditipu sindiket gores dan menang masa nak raya dulu.. tak pasal2 duit raya kene potong..

aku dan facebook

Facebook.. satu nama yang tidak asing lagi dan begitu gah serta popular dikala ini. siapa yang tidak tahu tentang facebook. dari pekerja kilang, kerani2 pejabat, guru2 dan budak2 sekolah semuanya tahu tentang facebook dan masing2 ada akaun sendiri. malah, Perdana menteri juga ada facebook. itulah dier penangan facebook pada masyarakat malaysia hari ini.

facebook merupakan laman sosial yang paling popular berbanding laman sosial yang lain seperti friendster, myspace, tagged dan apa sajalah. tapi yang pasti facebook telah mencetuskan fenomena yang sangat dasyat kepada masyarakat hari ini.. dianggarkan hampir 500 juta pengguna facebook diseluruh dunia. malah aku sendiri ada akaun facebook yang aku buat setahun yang lalu

dengan penggunaan facebook kita dapat berhubung dengan rakan2 yang jauh. kadang2 kawan2 yang lama kita tak jumpa pun kita akan berjumpa melalui facebook. Berbagai2 lagi yang boleh dilakukan seperti bermain game, chatting dan sebagainya. paling tak tahan, boleh wat bisnes dalam facebook.

setiap benda yang dicipta manusia ni pasti ada keburukkannya. aku lihat skang facebook ni banyak keburukkannya dari kebaikkan. antara keburukan facebook ialah menghentam individu tertentu sesuka hati dan status yang dibuat akan diberikan komen2 yang sangat menjengkelkan. hehehe.. itu yang tak best tu.

sebenarnya dulu aku tak reti sangat nak main bende ni. pada mulanya aku wat akaun facebook ni adalah kerana suka2 dan tak lebih dari tu. pastu adalah member aku ni yang ajar macam mana main facebook ni. aku mula ketagih macam orang ketagihan dadah. dan akhirnya sekarang aku adalah pengguna tegar facebook. setiap hari aku akan komen sana status sana, komen status sini dan pelbagai lagilah.

kadangkala, aku tertanya - tanya juga, mengapa perlu adanya laman - laman sosial seperti ini? apakah dengan cara ini, maka ikatan silaturrahim itu akan terjalin lebih erat? atau sekadar suker2.. erm entahla, tak tau nak cakap. bercerita pasal facebook ni, aku pernah gakla terbaca satu cerita ni, dimana ada pasangan suami isteri yang bercerai kerana facebook. ada juga yang bertemu jodoh dalam facebook. itulah realiti yang berlaku sekarang.. hidup seolah-olah tiada makna jika tiada facebook.

p/s: makan facebook, tido facebook, minum facebook.. segalanya facebook-----> sucks..

Hari ini hari Selasa

hari selasa yang indah.. matahari memancarkan sinarnya menerangi seluruh alam.. mendung kelabu berarak pergi, pergi bersama kedukaan hati yang menusuk jiwa. Hari ini, tidak seperti semalam yang mendung dan hujan sepanjang hari. Besok, mengapa perlu difikirkan tentang esok? mampukah kita bertemu hari esok dan tahukah kita apakah yang bakal berlaku esok hari.

hari ini perlu dilalui dengan tenang. walau susah sekali pun kita harus menerimanya dengan penuh tabah. Perancangan juga perlu dibuat untuk hari esok agar tidak kelam kabut.. semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok menanti dengan seribu dugaan dan cabaran.

p/s: pendek giler blog aku hari ni..

adakah aku seorang badut?

Aku tak tau kenapa tajuk ini menjadi tajuk blog aku.. Mungkin aku berasa sangat bosan yang amat sangat maklumlah, duduk seorang diri dirumah flat kos rendah di daerah Kulaijaya, Johor. Bulan depan aku akan pulang ke kampung halaman, dimana aku akan bertugas di ibupejabat yang terletak di Kuala Lumpur. aku tak tau sampai bila aku akan berada disana dan adakah aku akan kembali semula ke negeri Johor.



berbalik pada tajuk blog ADAKAH AKU SEORANG BADUT?. persoalan yang agak sukar untuk dijawab. dan sering bermain2 dikotak fikiran ku sekarang ini. dan aku juga tidak tahu bagaimana untuk menghuraikannya dengan lebih terperinci. Apakah penting persoalan ini dijawab? atau dibiarkan tergantung? terpulanglah kepada diri aku sama ada mahu menjawapnya ataupun tidak. Apa yang penting sekarang ni ialah kenapa persoalan ni mula timbul dikala kepala otak aku ketandusan idea yang teramat sangat.. ermm..

Monday 26 July 2010

selamat malam..

Malam datang lagi dan manusia mula duilit mimpi. Masih ada lagi yang sedang bekerja demi mencari sesuap nasi. Ada juga yang sedang bersembang bersama rakan - rakan seperjuangan dikedai mamak bagi membincangkan isu-isu terkini dan hangat. ada juga yang mengambil kesempatan yang ada untuk melipat gandakan amalan kepada Allah dan memohon keampunan dariNYA. Malam yang diciptakan mempunyai rahmat dan nikmat. Tapi ada juga yang takut apabila malam menjelma. Ada makhluk yang menyeramkankah? atau ada samseng jalanan yang cuba meragut keamanan dan ketenteraman..

Bagi aku malam merupakan satu rahmat yang besar untuk aku. Diwaktu malam, aku boleh berehat dan tido. selain itu juga aku boleh ber"facebook" tanpa memikirkan kerja yang dilakukan disiang hari. Malam juga bagi aku merupakan satu nikmat yang Allah berikan pada hamba NYA. yelah, diwaktu malamlah kita tak perlu berasa panas terik matahari diwaktu siang. sejuk dan nyaman. lagi menarik jika hujan turun pada waktu malam.. lagilah bertambah panjang mimpi tu sehingga terlewat masuk ofis.

Apapun malam adalah satu kejadian alam yang unik. matahari berputar mengikut paksinya seperti yang telah ditetapkan. Lihatlah, Hebatnya Pencipta alam yang bijak mengatur alam semesta dan kita seharusnya bersyukur kerana nikmat yang telah diberikan olehNYA. Selamat malam semua. Semoga esok menjadi lebih baik dari hari ini. dan hari ini menjadi sejarah dan pengajaran untuk hari esok.

Kembara diKota Singa

Setelah lebih 2 tahun aku berada diJohor Bahru. Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke Singapura. Aku kesini hanyalah dengan satu tujuan, iaitu merapatkan kembali silaturrahim diantara aku dan saudara maraku disana. Cuma aku terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan Arwah nenekku yang telah kembali kerahmatullah pada disember tahun lalu. Arwah nenek aku merupakan warga negara singapura bersama dengan tiga orang anaknya. Yang terdiri daripada pakcik dan makcik aku. Cuma emak ku saja yang menjadi warga negara Malaysia, kerana mengikut arwah datukku datang kesini.

Semasa kecil, aku telah beberapa kali pergi kesana. Ketika itu arwah nenek masih ada. Aku seronok jika aku balik disana kerana ketika itu ramai sepupu aku yang boleh menjadi teman. Jadi aku tidak terasa bosan sangat. Sekarang semua sepupuku sibuk bekerja dan aku juga jarang bertemu dengan mereka. Jadi, kalau aku balik kesana, aku akan tidur dirumah pakcik.

Jika ada kesempatan pakcik aku akan membawa aku bersiar-siar disekitar Bandar kota singa. Keadaan disini samalah seperti kuala lumpur yang sentiasa sibuk. aku tengok keadaan disini banyak berubah tidak seperti dulu..banyak. rumah flat dibina dengan berbagai rekabentuk dan berdiri megah bersama penghuninya. tidak kurang juga bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan dan kerja2 penambakan tanah bagi meluaskan kawasan. Memang diakui singapura memang sempit.

Disini juga aku sempat melawat beberapa tempat yang boleh dikatakan menarik jugakla sepeti tempat letaknya kepala singa dan beberapa tempat lain. disini banyak shopping kompleks yang tumbuh bagai cendawan lepas ujan. Dan tempat yang paling feymes untuk bershopping ialah di orchard road. Ada banyak lagi tapi aku tak dapat nak cerita sebab aku tak suka berjalan2 dalam shopping kompleks. Kalau aku kesana, aku cuma pergi menziarah keluarga dan kalau berkesempatan jer baru aku boleh bersiar-siar.

Tanjong Pagar Railway Station.


Aku berkesempatan ke sana untuk bersarapan dan aku juga sempat mengambil gambar-gambar kenangan disana. ye lah, tak lama lagi tempat ni akan di robohkan. tempat ni juga merupakan satu tempat yang boleh dikatakan bersejarah gak la disingapura.

Tanjong Pagar ni merupakan stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) semua urusan berkaitan ngan keretapi akan dibuat disini. Dulu, masa aku kecik, kalau balik singapura, aku akan turun disini. Bangunan ni adalah bangunan lama memang cantik senibinanya.

Tak silap aku bangunan ni dibina semasa british memerintah malaya. agak sayang sekali kerajaan malaysia akan menjual stesen ini kepada kerajaan singapura.. ini bererti selepas ini sesiapa yang mahu ke singapura, mereka akan turun di JB central, dan seterusnya ke singapura.

Banyak tempat yang aku dah jejakkan kaki disana seperti pulau sentosa, change airport, west coast (kedai makan seperti medan selera) kolam pancing, pulau ubin dan sebagainya. Tapi yang paling menarik ketika aku pergi tempat letaknya lambang kemegahan singapura iaitu tempat ikan kepala singa. Lokasinya terletak ditengah2 bandar singapura. Tempatnya cantik dan menarik. Tapi aku berada disitu cuma seketika saja.







Gambar kepala singa.
begitulah serba sedikit tentang cerita kembara dikota singa. aku harap aku dapat menulis lagi.







minggu akhir di johor.

hari ini merupakan hari Isnin.. ya, hari isnin.. hari yang sangat membosankan bagi sesetengah orang yang bekerja.. tapi bagi aku, hari isnin seperti juga hari-hari yang lain.. cuma, hari ini adalah hari pertama bekerja dalam seminggu.

Pagi ini cuaca mendung kerana hujan turun dengan lebat malam semalam, dan ianya membuatkan aku tidur dengan begitu nyenyak skali sehingga aku terlewat masuk ke opis. Pagi tadi PN. ilyana memanggil aku dan memberikan kad insuran baru. dan beliau menyatakan bahawa minggu ini minggu terakhir aku di negeri johor. bermakna minggu depan aku akan pulang ketanah air yang telah lama aku tinggalkan demi mencari sesuap nasi.. dan dalam tak sedar, berat juga aku nak tinggalkan negeri johor ni. maklumlah dah lama dok kat sini. berbagai2 kenangan indah ketika aku berada di sini..

Di negeri ini jugalah aku banyak menimba pengalaman dalam bidang construction ni.. huhu.. kalau ikutkan, site aku banyak sangat masalah yang timbul, akhirnya aku berjaya juga menghadapinya.. Disini jugalah, aku mengambil lesen kereta dan juga pasport..dan aku juga pernah kemalangan di kota tinggi beberapa bulan yang lepas.. dan pelbagai lagi kenangan pahit dan manis.

aku masih lagi disini, disite opis johor. mengadap laptop sambil melayan lagu DEAD CITIES nyanyian the exploited. memandangkan tiada kerja yang boleh dibuat, maka aku pun merapu di Blog ni.. lagi pun aku dah lama tak menulis kerana kekeringan dan ketandusan idea. ni pun sebab saja-saja nak menulis.

Banyak lagi yang aku nak story kat sini.. tapi nanti jemu pulak nak membaca.. nantilah aku story.. ok chow..

Monday 5 July 2010

bebas

Ya, bebas.. Itulah tajuk blog aku hari ini. Memandangkan tiada tajuk yang bermain fikiran untuk dikongsikan bersama. Bebas dalam erti kata lain bererti merdeka. Tapi bukan tajuk merdeka yang aku ceritakan sebab merdeka lambat lagi. Jadi, Bebas disini bererti aku boleh bercerita apa saja tanpa memikirkan tajuk yang nak dibincangkan.

hari ini, aku telah membeli 2 biji durian dengan harga yang boleh tahan mahalnye.. mujur isinya ok, kalau tak memang aku sumpah seranah tokey durian tu.. bercerita pasal luar nampak cantik dan dalam busuk, teringat aku pada kisah ayam percik yang aku beli kat bazar ramadhan tahun lepas. Masa tu, waktu berbuka puasa telah hampir tiba, jadi aku pun pergi ke bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka, sesampainya disana, aku terpandang seorang makcik sedang menjual ayam percik. Aku tengok ayam perciknya masih banyak,mungkin baru bukak, jadi aku pun membelinya.. apabila tiba waktu buka puasa, aku pun terus menjamah ayam percik tadi, sedang asyik aku menjamah, tetiba aku rasa lain macam, rasa macam daging mentah, dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat ayam tersebut tidak masak didalamnya. punyalah angin aku masa tu, terus aku tak makan ayam tu.. sejak tu aku terus tak beli ayam percik kat warung dier..

tu lah citer ayam percik di bazar ramadhan. bercerita pasal bulan puasa, lagi sebulan kiter sekali lagi akan menyambutnya. terasa pantas masa berlalu. pejam celik, pejam celik dah puasa lagi.. dan aku pun dah nak masuk 28 thun bulan depan. kebetulan hari jadi aku jatuh pada bulan puasa, jadi tak bolehlah aku nak celebrate besar-besaran. tapi tak perlah, mungkin ada barakahnya nanti.

tetiba plak aku terpikir pasal kawin. Rakan-rakan seusia denganku ramai yang dah berumahtangga. Tak dinafikan, aku terasa sunyi dan bosan hidup sendirian. Kadang - kadang bila aku duduk termenung, aku selalu tertanya - tanya, bila aku nak kahwin. Umur dah nak 30 tahun, tapi masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai. Kalau balik kampung, ramai yang bertanya, bila nak naik pelamin. aku tak boleh nak cakap apa, jadi jawapan yang aku selalu guna ialah, JODOH BELUM SAMPAI LAGI.. Yang buat aku tak tahan bila mak aku cerita adik - adik aku dah bawa pasangan diorang balik umah jumpa mak aku, dalam hati aku hanya mampu menangis dan berdoa mudah-mudahan jodoh aku sampai. Insya Allah, kalau tak ada aral, tahun depan aku akan menikah. Calon? hehehe, tak der lagi. Kalau niat baik, ada la.. Insya Allah.

mata dah mengantuk. Rasanyer cukup sampai disini. lain kali aku akan menulis lagi. :) Semoga berjumpa lagi, Wassalam.

Thursday 1 July 2010

Assalamualaikum

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA, maka terhasillah blog yang tak seberapa ni. Dan hari ini merupakan hari pertama aku membuat blog, walaupun pada mulanya agak terkial-kial mencari cara sebenar membuat blog. Dengan berkat kesabaran yang tinggi, akhirnya terhasillah blog ini yang bertajuk “usah terpedaya dengan kemewahan duniawi”. Kepada pembaca usah ditanya mengapa aku memilih tajuk ni.. jadi paham2 lah sendiri..

Sebenarnya, sebelum ni, aku ada juga cuba berjinak2 dengan dunia blog ni, tapi hangat-hangat tahi ayam jer. Kali terakhir aku update blog ni, masa bulan 2 hari tu.. tu pun masa “register” blog ni.. lepas tu mana ada aku “update” sampai sekarang. Inipun kerana aku ada terbaca blog sahabat aku ni.. tu yang cuba2 nak ber”blogger” ni..Dan aku bukannya pandai pun nak bermain kata-kata (pasal tu tak der awek) nak mengarang panjang-panjang ni lagilah aku tak reti, apa yang terlintas kat dalam kepala otak aku, aku tulis jer.. lagi satu, kalau bab2 yang melibatkan "copy paste" memang aku cukup suka. Yela, masuk blog orang pastu copy bulat-bulat paste kat blog aku, lepas tu mengaku yang blog tu aku punya (seperti yang dilakukan kebanyakkan orang) tapi aku tak nak ler wat macam tu, yela karya orang ditiru bulat-bulat kemudian mengaku blog kita.. kalau boleh, blog aku ni biarlah aku sendiri yang karang dan aku sendiri yang baca (boleh ker macam tu?)

Oklah.. aku nak cerita sedikit pasal diri aku ni.. aku ni manusia biasa seperti orang lain, makan, minum, tidur dan sebagainya.. cuma aku ni berbeza sedikit ngan orang lain.. senang cakap aku ni cacat.. walaupun begitu, aku tak meraih simpati dari orang dan aku tak susahkan orang tua aku.. aku boleh berdikari sendiri tanpa bantuan orang lain.. aku bukannya suka sangat pun nak minta - minta simpati. Bagi aku, biarlah berusaha sendiri dari meraih simpati dan cacat bukan bererti tidak berupaya. jadi aku kena buktikan bahawa aku bukanlah orang yang suka meraih simpati..
Perut pun dah lapar.. jadi aku nak pegi makan. nanti aku nak citer plak kisah dan perjalanan hidup aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...