Wednesday 29 May 2019

Malam ke 25 Ramadhan 1440H

................... HIDUPLAH SEPERTI MANA BIASA. BELAJARLAH MEMAAFKAN SEMUA ORANG KERANA MANUSIA ITU BUKANLAH SEMPURNA SEMUANYA. ADA MASA AKAN MELAKUKAN KESILAPAN DAN KESALAHAN.............

Tuesday 28 May 2019

Malam ke 24 Ramadhan 1440H

Nampaknya ramadhan semakin menghampiri penghujungnya.. rasanya seperti baru semalam mula berpuasa. Sedar tak sedar dah abis dah..

Ya Allah aku mengharap pengampunan dan rahmat Mu. Ampunkan segala dosa2 ku dan kedua ibu bapa ku.

Monday 27 May 2019

Malam 23 Ramadhan 1440H

Syukur Alhamdulillah.. Dengan rahmat Allah aku berada di hari yang ke 23 puasa.. sayu pulak hati ni. Tahun depan ntah dapat ke tak jumpa ramadhan..

Sunday 26 May 2019

Malam 22 Ramadhan 1440H

Subhanallah - maha suci Allah
Alhamdulillah - segala puji bagi Allah
La illahaillah allah - tiada tuhan selain Allah
Allahu akbar - Allah Maha Besar

Saturday 25 May 2019

Malam 21 Ramadhan 1440H

Memasuki fasa terakhir Ramadhan. Dianjurkan untuk melipatkan gandakan amalan agar dapat dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Malam Al Qadar.

Semoga dengan rahmatNya dapatlah bertemu dengan malam yang penuh berkah itu.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

1. Sesungguhnya telah kami turunkan (Al Quran) pada malam Al Qadar.
2. Apakah malam Al Qadar itu?
3. Malam Al Qadar itu lebih baik dari 1000 bulan.
4. Maka turunlah para malaikat dan ruh (jibril) dengan izin tuhan mereka untuk membawa perkara yang telah ditakdirkan berlaku pada tahun berikut.
5. Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar.

Surah Al Qadr.

20 Ramadhan 1440H

Sabtu, 25 Mei 2019, 20 Ramadhan 1440h

Hari ni merupakan hari ke 20 umat islam menjalankan ibadah puasa di Bulan Ramadhan. Bermakna tak lama sahaja lagi umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri.

Sekejap jer masa berlalu. aku rasa seperti semalam jer mula berpuasa.

Dah lama tak tulis2..

Dulu suker tulis2.. sekarang ni macam dah malas.. nak menulis ni kene ada idea dan banyak membaca.. nak ada idea macam mana kalau membaca pun malas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...