Thursday 29 July 2010

Tragedi 29 Mei 2010.

pagi itu matahari memancar terang dan terik, jam menunjukkan pukul 8 pagi. aku mengesat - ngesat mata, baru bangun tidur. pagi tu aku ada tugas di felda bandar mas, kota tinggi, johor dimana kerja-kerja meng"uprade power" diklinik kesihatan bandar mas. Tanpa membuang masa, aku mengambil tuala dan terus kebilik air. setelah itu, aku menyediakan berberapa peralatan untuk dibawa bersama. aku tak tahu mengapa pagi itu perasaan aku kurang enak, aku terasa berat mahu meninggalkan rumah. pelbagai persoalan bermain-main difikiranku, memikirkan mimpi yang aku alami sebentar tadi. (aku bermimpi bahawa bumbung kereta ku koyak). tanpa membuang masa, aku pun mengambil kunci kereta ku dan terus turun kebawah untuk memanaskan enjin kereta. setelah memanaskan enjin kereta, aku pun terus menuju ke destinasi.

kereta ku meluncur laju melalui jalan kulai - kota tinggi. aku menyanyi kecil sambil mengikut rentak lagu yang berkumandang dicorong radio bagi menyedapkan hati yang sememangnya tidak sedap sedari tadi. setelah sejam lebih berjalan, aku pun sampai ke destinasi pada jam 9.45 pagi. menurut arahan yang aku dapat, tugas yang akan dilakukan akan bermula jam 10 pagi. ketika aku sampai, tiada tanda yang kerja akan dimulakan. keadaan sunyi dan sepi. Grurrr, perut ku berbunyi, jadi aku mengambil keputusan untuk makan diwarung yang berhampiran dan kembali semula 15 minit kemudian aku kembali semula dengan harapan kerja akan bermula, tetapi hampa, segalanya seperti tadi, sunyi dan sepi. aku mengambil handset yang tersimpan dipoket seluar dan mendail no mereka2 yang terlibat. mereka menyatakan bahawa mereka dalam perjalanan ke sini dari pontian.. "aduh lama lagi kot", aku mengomel sendirian.

Setelah 2 jam menunggu akhirnya sampai juga pihak kontraktor dan TNB. aku menarik nafas lega, tetapi perasaan tidak enak tu masih lagi menguasai diri. seorang dari pegawai TNB memanggil ku dan meminta kepada ku dimanakah tempat yang sesuai untuk disambung kabel dan aku pun menunjukkan tempat tersebut yang berada betul2 dibawah MCB(sila betulkan jika aku silap). Tepat jam 12.30 tengah hari kerja2 penyambungan kabel pun bermula. menurut mereka, kerja yang dimulakan mungkin selesai agak lambat bergantung pada faktor cuaca. sekirannya cuaca baik, maka kerja yang dijalankan mungkin cepat siap. ini kerana ia juga membabitkan kerja penggantian feederpiler yang lama kepada yang baru. selain itu juga, tenaga elektrik juga terpaksa dipotong bagi memudahkan kerja. pencawang lama terletak bersebelahan dengan rumah orang kampung.jadi, aku faham kerana kerja2 begitu memerlukan ketelitian dan perlu berhati2. sekiranya tersilap langkah maka buruk padahnya.

jam menunjukkan pukul 2.30 petang, kerja terus berjalan. Dikaki langit mula kelihatan awan hitam berarak perlahan, menunjukkan hujan akan turun. aku mula resah dan tak menentu, jika hujan, ini bererti aku terpaksa menunggu lebih lama lagi. aku menarik lafas lega apabila hujan tidak turun pada petang itu. ini amat memudahkan dan melancarkan kerja yang sedang dijalankan. masa terus berlalu, aku mengajak pegawai TNB itu minum petang bersama ku. berbagai perkara yang kami bincangkan. sesudah itu, aku kembali melihat kerja penggantian feederpiler dijalankan. kira2 pukul 3 petang kelihatan lori TNB masuk kekawasan klinik, aku pun terus ke klinik dan aku menunjukkan tempat dimana kabel perlu disambung. sejam setengah kemudian kerja tersebut siap.

setelah itu, aku pergi ketempat kerja penggantian feederpiller. aku minum lagi buat kali kedua kali ini aku bersama 3, 4 orang lagi. bermacam perkara yang kami bualkan. menurut salah seorang daripada mereka, satu kejadian telah berlaku di pasak, dan kenderaan bergerak perlahan. bagi mengelakkan jem aku menunggu sejam dua lagi.

matahari memancar kemerahan disebelah barat, jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Pegawai TNB yang minum bersamaku meminta diri sebentar untuk pulang kerumah bapanya difelda sening, dan dia akan datang lagi selepas maghrib. keadaan beransur2 gelap. generator mula dihidupkan bagi menerangi. 30 minit kemudian,kuasa generator tersebut mula lemah. setelah diperiksa, didapati minyak petrolnya telah habis. jadi, aku disuruh untuk membeli minyak petrol distesen minyak berhampiran. aku menghidupkan enjin kereta, aneh, kereta seolah kehabisan bateri, walhal pagi tadi elok, aku mencuba lagi. tapi enjin gagal dihidupkan. akhirnya aku memberitahu bahawa bateri kereta kong. hari semakin gelap, aku melihat jam dihanset menunjukkan pukul 7.15. sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang. kerja masih lagi diteruskan. kira2 30 minit kemudian, Pegawai TNB yang pulang tadi datang semula. aku cuma memerhatikan saja. "mengapa awak tak balik lagi?". katanya pada saya. "awak tak perlu risau, sebab kerja awak dah siap, nanti saya akan contact TNB Pasir Gudang untuk kerja penyambungan kuasa dari tiang ke klinik." katanya lagi. "OK, kalau macam tu saya balik dulu". kata ku.

Tanpa membuang masa, aku terus kekereta dan menghidupkan enjin. Aneh, enjin kereta dapat dihidupkan sedangkan tadi bateri kong aku menarik nafas lega kerana aku boleh pulang kerumah tanpa aku sedari ada bahaya yang sedang menanti. aku terus memandu pulang, sampai felda air tawar 2, aku mengeluarkan dan menghidupkan api. aku memandu berhati2 dengan had laju yang ditetapkan sambil menghisap rokok. tiba-tiba dalam jarak 5 meter, aku ternampak percikkan api dari arah bertentangan. "Ada eksiden". kataku sendirian, aku cuba memperlahankan kenderaan, tiba-tiba, satu kereta melintang dilaluan ku, aku tak mampu berbuat apa2. "Dam !" kereta ku berlanggar dengan kereta yang melintang tadi dada aku terhentak distereng dan aku hanya mampu mengucap. aku mengambil hanset aku dan menelefon keluarga dikampung, memberi tahu bahawa aku terlibat dalam kemalangan. sedang aku menelefon, datang seorang pemuda melayu menyuruh aku keluar dan mematikan enjin kereta.


kereta yang remuk

aku lihat kereta aku remuk dibahagian hadapan. aku tak sangka bahawa aku akan terlibat dalam kemalangan jalan raya malam itu. orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. aku lihat kereta yang aku langgar tadi sangat teruk. aku meneka mungkin juga pemandu dan penumpang kereta itu parah. begitu juga kereta yang melanggarnya dari belakang. Jalan mula sesak dengan kenderaan kerana mahu melihat kejadian yang berlaku. aku hanya memerhatikan saja situasi yang cemas itu sambil mengurut dada yang sakit. tidak lama kemudian aku dibawa kehospital dengan sebuah teksi. aku termenung seketika dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi dan aku bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.

sesudah mendapatkan rawatan dihospital aku terus kebalai polis berhampiran untuk mebuat laporan. aku mula cuak apabila mengenangkan lesen aku yang masih dalam percubaan. setelah memberi keterangan dan menceritakan peristiwa kemalangan itu kepada pegawai bertugas, aku pun pulang kerumah. kedua orang tua ku telah sampai kerumah ku malam itu juga. dan mereka bersyukur kerana melihat aku tidak mengalami kecederaan yang serius. kereta aku yang remuk ditarik kebengkel untuk dibaiki. sekarang kereta aku telah siap sepenuhnya. dan kini berada di Klang, syukurlah segalanya telah pulih. Sejak dari peristiwa itu, kini aku memandu dengan berhati-hati. aku berdoa agar ianya tidak terjadi lagi dan aku berdoa agar dijauhkan dari segala mala petaka. aku juga berharap agar pemandu yang menjadi punca kemalangan sedar dan tidak mengulanginya lagi diwaktu yang akan datang.


kesimpulannya:-

  • jangan berjalan sesudah waktu maghrib
  • jangan tinggalkan solat maghrib
  • jangan merokok didalam kereta


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...