Blog terakhir? haha.. tajuknya seperti kecewa tetapi tidak.. memandangkan hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2010, maka entri ini adalah entri yang terakhir untuk tahun 2010. Memandangkan esok merupakan tahun 2011, maka aku ingin mengucapkan selamat tahun baru.. semoga tahun 2011 akan memberikan sinar harapan yang baru buat aku dan keluarga..
Bila masuk tahun baru, pasti ada azam baru, berbagai2 azam yang aku dengar, ada yang nak berhenti merokok, ada yang nak beli kereta besar dan ada yang nak beli rumah, apapun azam2 ni semuanya bagus dan perlu ada usaha bagi mencapai azam2 tersebut. Azam aku tahun depan ialah aku nak bebaskan diri aku dari hutang belajar atau segala bentuk hutang yang membelenggu hidup aku. aku harap aku berjaya melaksanakannya
Tahun2 yang lalu, aku berazam bahawa aku akan mencari awek dan berkahwin, tapi ianya tidak menjadi kenyataan, jadi, tahun ni aku dah tak nak buat azam macam tu lagi. biarlah ALLAH tentukan segalanya. Yang pastinya, aku nak bebaskan diri dari hutang dan mengelakkan diri dari berhutang.
Insya Allah aku akan cuba berusaha bagi mencapai azam aku untuk tahun 2011 ni... mudah2 an dengan izin NYA, AMIN...
Friday, 31 December 2010
Thursday, 23 December 2010
cepat masa berlalu
Dah beberapa hari aku tak update blog aku ni.. maklumlah sibuk ngan keje, skang baru ada waktu terluang untuk mengupdate blog aku yang berapa best ni.. Memandangkan tinggal beberapa hari saja lagi tahun 2010 akan pergi meninggalkan kita dan 2011 pula akan menyusul. terasa cepat masa berlalu, sehingga tidak terasa peredarannya.
bagi aku tahun 2010 merupakan tahun yang paling banyak meninggalkan kenangan yang pahit dan yang manis.. (rasanya paling banyak kenangan pahit).. tahun depan jugak umo aku akan meningkat 1 angka lagi. bermakna aku akan berusia 29 tahun (mengikut kalendar arab, umo aku 30 tahun, wow... tua dua tahun dari kalendar masehi..)
banyak kelemahan yang aku perlu perbaiki dalam hidup aku. (antaranya suka marah tak tentu hala dan terlalu merendah diri) dan akan cuba perbaikinya agar aku dapat mengecapi kejayaan. dan aku juga berharap agar apa yang berlaku pada tahun ini tidak aku ulanginya pada tahun hadapan.. biarlah ianya menjadi sejarah dalam hidup aku...
*********************************************************************************

:
ntah
Friday, 17 December 2010
Dulu aku nakal!
2.Nama sekolah rendah dan sekolah menengah aku ialah Sek. Ren. Keb. Methodist ACS Klang, Selangor tahun 1988 - 1994, Sek. Men. Methodist ACS Klang, Selangor tahun 1995 - 1999
3.Aktiviti ko kurikulum yang aku ceburi semasa dibangku sekolah ialah Persatuan Bulan Sabit Merah
4.Jawatan yang di sandang dulu: Ahli biasa jer..
5.Nama guru kesayangan aku ialah Puan Khalijah
6.Aku paling suka subjek Perdagangan sebab cikgu dier comel dan paham apa yang diajarnya.. subjek yang paling aku tak minat ialah bahasa inggeris sebab payah nak belajar bahasa inggeris..
7.Kawan baik aku masa sekolah terlalu ramai...
8.Cita cita masa sekolah dulu aku nakjadi doktor
9.Artis feveret masa aku sekolah dulu ialah Noraniza idris
10.Perkara yang paling aku tak boleh lupa masa sekolah ialah aku mewakili sekolah untuk Kuiz Perdagangan
11.Kalau aku dapat kembali semula kezaman sekolah aku perkara yang aku nak buat ialah mencari semula 1st love aku yang sekarang hilang entah kemana
12. Kenakalan aku masa sekolah? banyak, tapi biasalah budak lelaki, kalau bertumbuk tu biasa lebih2 lagi kalau tercuit sikit, mesti nak bertumbuk punyalah. Dulu masa kat sekolah, aku pernah gakla ponteng sekolah ngan kawan2, lepak umah kawan aku main game. tapi cikgu tak marah sebab masa kita orang buat tu dah nak abis sekolah. cikgu aku memang sporting. seronoklah masa zaman sekolah tu... tak fikir nak bayar bil ker, apa ker, semua dah tersedia.. kalau sekolah pagi, petang boleh lepak ngan kawan - kawan. Perkara yang paling nakal yang pernah aku buat ialah melawan cikgu bahasa inggeris aku.. masa tu kalau ikutkan memang salah aku, tapi cara dia membebel tu buat aku panas hati.. tapi tak der lah sampai tumbuk muka dier. cuma lawan cakap jela.. ok lah, aku kalau citer pasal kenakalan ni sampai esok pun tak abis.. so sampai sini jerlah..
my url: haffis82.blogspot.com
Wednesday, 15 December 2010
yes... gembiranya aku bila ada kerja
Setelah sekian lama aku duduk diofis, akhirnya ada jugak keje tuk aku.. hahaha.. bestnyer, macam dapat projek juta2 plak.. Terima kasihlah kerana memberi kerja walaupun tidaklah sehebat mana... i'll appreciate it.. yihui...
Tuesday, 14 December 2010
mencari jodoh atau menunggu jodoh?
satu soalan yang bermain - main dikotak fikiran aku skang ni. adakah aku sedang mencari jodoh atau menunggu jodoh? aku sendiri pun konfius dengan persoalan ni. Bukan apa, bila aku fikir pasal jodoh ni aku mula gelisah dan kadangkala marah tak menentu. aku pun tak tau kenapa? sampai ada masanya aku terfikir nak ikut jejak langkah pakcik aku yang tak berkahwin sehingga meninggal dunia. Boleh ker aku buat macam tu,menghukum diri aku sendiri kerana tidak berjumpa dengan jodoh yang sesuai.
perlukah aku menunggu jodoh itu datang dengan sendirinya tanpa dicari, duduk melepak2 lepas tu jodoh pun sampai. Kata orang walaupun jodoh tu ditangan Allah, tapi kita hendaklah mencarinya. memang betul apa yang diperkatakan orang, cuma sekarang ni aku ada masalah, aku terlalu merendah diri dengan kekurangan yang ada pada diri aku. sifat ni memang dah terlalu sebati dengan aku sejak dari dulu lagi. setiap kali aku nak mendekati perempuan atau mengorat perempuan pasti hati kecil aku akan berkata, "aku ni dah la tak ensem kalau aku pergi ngorat si polan ni paling kuat pun mesti kena hamun punya".. aduh.. tewas sebelum berjuang.. bila hati dah berkata cam tu, terus jatuh semangat aku..
Apapun aku berserah jer pada Allah. Kalau ada jodoh aku didunia ni maka aku akan berkahwin,andai tiada jodoh aku didunia ni mungkin diakhirat nanti aku akan bertemu dengan jodoh aku. Jadi aku berdoa agar aku bertemu dengan jodoh aku kelak.. Insya Allah...

entri hari ini
entri hari ini... itulah tajuk entri aku hari ini.. tak der apa yang menarik pun dengan tajuk tu.. sekadar menghiasi blog aku.. tu aje..
Monday, 13 December 2010
tak der mood
hari ni aku tak der mood nak update blog.. tapi aku usahakan jugaklah... idea tak banyak nak tulis hari ni.. semalam aku g kenduri kawin member aku kat sri petaling.. ramai gak la tetamu yang hadir.. yang bestnyer ada tarian singa la.. jarang gak tengok ada tarian singa dalam majlis perkahwinan melayu.. apa pun aku doakan agar kawan ku tu bahagia hingga ke akhir hayat.. Aku? nanti dulu la.. banyak masalah yang aku nak kene setelkan. masalah peribadi yang tersangat2 lah berat sampai aku sendiri pening kepala..
walaumacam manapun insya Allah aku akan berkahwin, tapi tak tau biler.. berserahlah pada Allah.. kalau ikutkan malas nak kahwin.. tapi tak boleh gak, sebab tu sunah nabi dan dalam al quran pun ada sebut.. mmm buat masa ni malas nak fikir dulu pasal kahwin, biar setel segala masalah aku barulah aku kahwin..

Friday, 10 December 2010
Jumaat: Penghulu segala hari...
hari ni hari Jumaat. Hari dimana umat islam khususnya lelaki akan keluar ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Jumaat juga merupakan penghulu segala hari dimana ianya sangat istimewa. Banyak peristiwa yang berlaku pada hari jumaat antaranya ialah hari dimana Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah S.W.T dan mendiami syurga. selain itu juga dihari jumaat jugalah Nabi Adam a.s diturunkan kebumi bersama isterinya Siti Hawa. Hari jumaat juga merupakan hari dimana segala doa orang2 mukmin akan dimakbulkan Allah S.W.T seperti mana sabda junjungan besar kita Nabi Muhamamad S.A.W. yang bermaksud "Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan."(Hadis riwayat Tirmidzi).
marilah kita sama2 mengambil keberkatan hari jumaat dengan berdoa dan beribadat kepada Allah S.W.T agar diri kita sentiasa diberkati dan diredhaiNYA...
marilah kita sama2 mengambil keberkatan hari jumaat dengan berdoa dan beribadat kepada Allah S.W.T agar diri kita sentiasa diberkati dan diredhaiNYA...
:
renungan
Thursday, 9 December 2010
sedikit kata2 motivasi..
dalam hidup ni tak ada perkara yang mustahil dan tak ada perkara yang sukar. semua perkara atau masalah boleh diselesaikan dengan mudah seandainya kita menganggapnya mudah. walau sesukar manapun masalah itu ia pasti dapat diselesaikan. asalkan tidak mudah putus asa dan patah semangat.
dalam kehidupan yang serba canggih ni, pasti ada banyak masalah yang melanda, tak kiralah masalah apa. tapi pernah tak kita terfikir bahawa kitalah sebenarnya punca masalah itu dan kita jugalah yang mesti selesaikannya walau sesusah manapun ia, kita mesti hadapinya dengan tenang dan tabah.
banyak cara dalam menyelesaikan masalah, tapi pastikan kita menanganinya dengan bijak, jangan ambil jalan mudah seperti membunuh diri dan apa saja perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. bunuh diri bukanlah penyelesai masalah, malah ia mengundang padah malah masalah yang paling besar pula yang akan timbul antara diri sendiri dan juga sang pencipta. oleh itu janganlah kita membunuh diri.
Tanganilah Masalah anda dengan bijak... Setiap masalah boleh selesai jika anda tahu mengatasinya..

Duit oh duit..
Contoh jer.. jangan nak copy pastu print plak.. kene tangkap aku tak jamin... |
*Ada yang panggil ringgit Ada yang panggil dollar Ada yang panggil baht Ada yang panggil rupiah Semua ini duit Bikin orang belit Duit! Duit! Di mana kau duit Duit! Duit! Hutangku membukit Ada yang benci duit Ada yang cinta duit (bikin perut buncit) Skandal sana sini Punca juga duit Cari duit halal Agar jangan kesal Duit! Duit beli duit Duit! Buat beli cinta Ramai orang yang berkata Duit punca banyak dosa Jangan sampai makan rasuah Nanti bangsa jadi musnah Zaman ini zaman duit Tak ada duit diri tercepit Tapi jangan jadi hamba duit Nanti musnah diri sendiri..*
dimana kau duit... kemana saja perlu ada duit, nak. boleh kata dalam kehidupan kita tak pernah lari dari duit... Naik kereta atau moto dah kene duit, bayar tol dan minyak, kalau naik bas pulak kene bayar tambang, nak masuk tandas kena bayar lagi... semua duit...
Tanpa duit hidup seolah2 tiada erti... huh... Apapun setiap masalah yang berkaitan dengan duit dapat diselesaikan dengan duit. Walaupun hanya sekeping kertas tapi cukup untuk membuatkan orang sakit kepala..
hm... Duit oh duit...
Wednesday, 8 December 2010
KEMANA MENGHILANGNYA SANG KANCIL?
Kemana menghilangnya sang kancil? satu persoalan yang timbul dikotak fikiran aku ketika ini.. aku cuba mencari sang kancil yang telah menghilangkan diri, tidak diketahui sebab musabab kemana ia menghilang.. agak rumit mencari sang kancil ketika ini. Lebih2 lagi dikota metropolitan, lagilah mustahil..
Dimanakah sang kancil menghilang? entahlah, aku sendiri tak tahu...
Dimanakah sang kancil menghilang? entahlah, aku sendiri tak tahu...
Untuk apa aku menulis blog?
Tajuk entri aku yang terbaru Untuk Apa Aku Menulis Blog? Tiada apa yang menarik tentang tajuk entri aku ni.. Cuma aku cuba mengkaji semula mengapa aku menulis blog dan apakah tujuan sebenar aku menulis ni.. sebenarnya, aku menulis blog ni kerana aku suka2.. aku tak kisah pun kalau orang tak baca blog aku. terus terang aku katakan aku bukan seorang penulis professional yang mampu menarik ramai pembaca malah terus menjadi follower blog yang telah dibaca.
banyak jugalah aku berblogwalking untuk melihat bagaimana otai2 blogger menulis. Kebanyakkannya simple dan bernas. ada juga yang suka memasukkan info2 atau berita2 terkini dari akhbar2 tempatan. bagus sebenarnya idea mereka ini untuk menarik pembaca membaca blog2 mereka..
Blog yang aku buat ni sebenarnya banyak mengisahkan tentang aku. memang aku bukan artis atau mana2 tokoh yang terbilang yang selalu menjadi perhatian orang. disini juga aku boleh berkarya sesuka hati dan aku boleh meluahkan apa yang aku terbuku dihati dan tulisan2 aku hadir dari hati aku sendiri.
apapun aku harap aku dapat berkarya dengan bebas tanpa halangan. cuma aku memerlukan idea.. idea untuk terus menulis.. tak kisah lah tentang apapun yang penting aku puas... puas dengan apa yang aku luahkan....

Monday, 6 December 2010
Salam Maal Hijrah 1432 Hijrah
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432. Semoga apa yang dikerjakan kita selama setahun yang lalu diterima Allah S.W.T hendaknya. Amin.
Azam Tahun ni:
Tahun ni aku berazam untuk membebaskan diri dari hutang dan membantu keluarga aku yang sering dilanda kesulitan.. Mudah-mudahan tahun ni aku dapat merealisasikan azam aku. Insya Allah....
Thursday, 2 December 2010
BILA SI DIA BERTANYA
Satu lagi kontes anjuran blogger termasyhur masa kini.. EN. Ben. dengan tajuk kontes nyer. Bila Si Dia Bertanya
◦Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?
pada pendapat saya, dalam sesebuah blog perlu ada sedikit keceriaan pada blog tersebut. Selain itu ianya perlu ada cerita dapat yang menarik pembaca.
◦Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
Buat masa ni belum lagi mempromosikan blog saya pada sesiapa. Mungkin selepas ini saya akan mempromosikan blog saya melalui facebook atau kontest2 dibuat oleh otai2 blogger. terutama sekali En. Ben.
◦Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
Blog yang paling saya tak suka masuk ialah blog yang memaparkan tahap kejiwangan yang melampau (saya pun jiwang gak)...
◦Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
Bahagian yang paling menarik ketika memasuki sebuah blog ialah jalan cerita yang dipersembahkan oleh sang blogger. mudah difahami dan lain daripada yang lain.
◦Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
Kepada blogger2 yang telah kehilangan semangat untuk menjadi blogger tegar(terutama blogger baru) diharap teruskan usaha anda kerana usaha tangga kejayaan. tidak dinafikan sebenarnya, agak sukar untuk menjadi blogger handalan maupun tegar. Idea yang diketengahkan juga perlulah menarik dan mengikut citarasa pembaca. semoga berjaya menjadi blogger tegar yang mempunyai ramai follower...
◦Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..
Blog yang menjadi pilihan saya ialah blog yang tidak terlalu ekstrimis dan radikal seperti blog en. ben ni.. lagi satu, saya paling suka jika blog itu suka menceritakan tentang sesuatu yang baru dan menarik...
ni aku punya blog url.. kalau nak singgah klik sini -------> haffis82.blogspot.com.
ok chow yun fatt....
apa mau tulis???
Hari ni, tak tau nak tulis aper.. idea tak der.. mungkin aku akan blogwalking, baca blog orang bagi mendapatkan idea... payah gak nak jadi blogger nih.. tak kisahlah orang nak baca atau tidak, yang penting aku update blog aku... haha...
Wednesday, 1 December 2010
bulan disember datang lagi....
Bulan disember datang lagi... ini bermakna lagi 30 hari, tahun 2010 akan meninggalkan kita. banyak azam aku yang belum terlaksana, tu belum campur azam yang lepas2. banyak juga perkara yang tergendala kerana sibuk (sibuk ker?) apapun tahun 2011 nanti aku harap akan ada sinar baru dalam hidup aku nanti..insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima kasih.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...