Monday, 30 January 2012

Palatnyer aku raser ni...

Kenapa palat sangat aku rasa hari ni.. dengan mesin scanner buat palat lagi.. apa pun tak boleh lah.. tuii

Wednesday, 18 January 2012

hari rabu yang kelabu...

Hari rabu yang kelabu dan basah.. seperti biasa duduk diofis, berhadapan dengan kerja yang berlambak2.. nak tak nak kene siapkan jugak.. kalau tak, buruk reputasi nanti..

apapun buat jerlah...

 


Tuesday, 17 January 2012

kunupu buluh judu mucum nu?

uduh, lunguh mulut uku nuk munyubut purkutuun nu.. duh mucum upu duh.. punung kupulu uku nuk mumukurkun uyut2 yung buluh uku musukkun dulum unturu nu..

kurju uku duhlu bunyuk, musuluh pun bunyuk juguk.. tutubu buluh puluk kuluur uduu nu.. udui.. upupun ni blug uku, judu uku punyu suku nuk buut upu.. huhuhu.. upupun tuk buluhlu blug nu..

Monday, 16 January 2012

Aku dan scanner yang palat...

Seperti biasa hari ini aku melakukan kerja yang sungguh menduga keimanan dan kesabaran, dimana aku terpaksa berhadapan dengan scanner ofis yang begitu palat dan menyakitkan hati.. rasa mau dihumban jer dari tingkat 13.. nasib baiklah harta company..

banyak lagi mau scan... ada lagi 20 lebih lagi.. aduhla.. jem ar mesin scanner pasti aku kerjakan.. 

Saturday, 14 January 2012

apa lagi nih...

saja2 mencoret sesuatu yang tah apa dan yang terlintas difikiran.. kalau ikutkan hati nak jer aku pergi mana untuk menghilangkan bosan.. tapi apakan daya kekangan kewangan yang menghalang aku berbuat demikian..

aku rasa nak wat penjenamaan semula blog aku yang tak best ni.. tapi aku tak der idea nak wat cam mana.. selalu gak tgk2, survey2 blog orang lain.. nak tiru2 gak blog2 tu.. tapi nak wat aper nak tiru2 ni.. so baik jadi diri sendiri.. blog tak der orang nak baca? haha lantaklah, aku buat blog ni pun sekadar suka2.. bukan untuk orang lain baca.. blog aku ni pun bukannya best sangat.. kalau ada anugerah blog paling palat sepanjang zaman, aku rasa aku patut dapat anugerah tu.. haha

apa aku merapu ni weh?

Friday, 13 January 2012

BOSAN LA BLOG NI!!!!!!!!!

YEAH... ni merupakan entry ke2 untuk tahun 2012... saja mencoretkan sesuatu supaya blog tidak bersawang2.. bila dah banyak sawang, mulalah terbersin2.. hasyuuum...

Thursday, 12 January 2012

2012...

Hari ni 12/01/2012.. bermakna dah 12 hari aku hidup dalam 2012.. cepat betul masa berlalu.. eh, kenapa banyak sawang dalam blog aku ni.. owh, patutlah, dah lama tak update.. hehehe... bukan apa malas dan sibuk dengan kerja2 opis yang berlambak2..

apapun aku harap tahun 2012 ni lebih baik dari tahun sebelum2nya.. azam? tahun ni aku tak nak buat aper2 azam sebab azam yang dulu2 pun banyak lagi yang tak tercapai..(azam kosong jer kot).. so, buat rilek jer.. tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi nanti..

chiaow...

Tuesday, 26 April 2011

Assalamualaikum.....

Malam ni, terasa sepi sekali, kerana tiada apa yang dapat menghiburkan hati, tengah boring2 tu, saja blogwalking, tengok blog orang pastu keluar masuk facebook, tengok youtube dan macam2lah..tengah syok layang youtube, tetiba plak teringat kat seseorang, seseorang yang telah lama aku lupakan(Payah betullah nak lupakan dier ni). biler teringat kat dier, mulalah teringat roket kertas(Roket kertas?) yang pernah aku baling pada dier, yang tertulis I LOVE U.. macam iklan cloud 9 tu.... hahahaha...

Aku tak nafikan dan aku tak boleh membohongi diri aku, sememangnya aku rindu kat dier, aku rindu senyuman dier, gelak tawanya. so suweeetla.. bagi aku dia tetap no 1 dan kalau didatangkan 1000 wanita cantik tahap model sekalipun, tak der siapa yang bisa menandinginya.. Persoalannya sekarang dimana dia sekarang? cari kat fb, friendster, tweeter, tagged, langsung tak jumpa, kemana dia pergi?

Andaikata, Dia dah berumahtangga, aku doakan kesejahteraan dunia dan akhirat. Semoga berbahagia bersama insan tersayang, andaikatalah dia membaca entri(dia tau ker aku ada blog) ni, aku nak mohon seribu kemaafan diatas segala kesilapan yang telah aku lakukan pada dirinya, dan aku maafkan segala kesilapan yang dia lakukan pada aku dari dunia sampai akhirat. Yang berlalu, biarkan berlalu, so, kehidupan hari ini harus diteruskan.

Wednesday, 6 April 2011

Hai blog .

Hai.. lamanyer tak tulis kat blog aku ni.. huhu.. sibuk la sejak akhir2 ni.. apa pun, hari ni nak tulis skit lah kat sini agar sentiasa kelihatan banyak... hahaha.. tu jer untuk hari ni... bye..

Wednesday, 23 March 2011

My Biodata...

My Biodata? satu perkara yang sangat popular semasa aku berada dibangku sekolah. Ramai kawan2 aku (aku pun sama gak)  biler nak nak berkenalan dengan awek2, mereka akan mencipta satu biodata seperti resume untuk diberikan kepada awek2 yang berkenaan. (macam mintak keje la plak) ada gak yang menulis dalam diari harian (Biasanya budak pompuan) tapi serius seronok masa tu, tak der handphone, email mahupun internet (mungkin ada, tapi tak se gah hari ini) hanya dengan menghantar maklumat peribadi yang ditulis dengan tangan, maka dapatlah seseorang itu samada lelaki atau wanita mengenali rakan barunya...

disini aku letakkan contoh isi kandungan biodata yang pernah aku tengok dulu. mungkin ada part yang aku lupa,

1. Nama: Mohd Zamri Bin Salimon (mesti ada supaya penerima dapat mengetahui siapakah tuan punya Biodata)
2. Alamat: No, 12 Jalan Matahari, 41200 Klang (senang nak berutus surat)
3. No Tel: 03 3373XXXX ( Memandangkan dulu tak der hand phone, telepon rumah merupakan alat telekomunikasi penting supaya mudah bergayut, sebab tu bil telepon rumah melambung sampai ribuan ringgit)
4. Cita2: ingin menjadi seorang doktor yang berjaya (hahaha.. konon nak menunjukkan yang empunya diri seorang yang berwawasan dan berwibawa)
5. Hobi: Mengumpul setem dan bersiar2 ( kononnya beliau seorang yang tidak suka membuang masa)
6. Makanan kegemaran: yang pedas2 dan sedap
7. Minuman kegemaran: Kopi O dan teh O ais (kah kah kah)
8. pengalaman manis: Keluar kebandar dengan kawan2
9. pengalaman pahit: jatuh pokok rambutan.

itulah dia sebahagian contoh isi kandungan Biodata yang biasa aku tengok masa zaman aku sekolah dulu. aku tak nafikan, aku juga pernah terjebak, dengan benda2 macam ni. maklumlah masa tu rasa dah dewasa. hahaha... terasa seronok rasanya masa tu, berbagai2 biodata yang aku tengok, ada yang berbunga2, ada yang letak minyak wangi pun ada.. haha..apapun waktu tetap berjalan dan berubah. banyak cara yang boleh digunakan untuk bagi menonjolkan diri masing2. Masih adakah lagi cara begini dizaman teknologi yang canggih ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...