Zaman sekarang orang yang jahil lebih didengar cakapnya berbanding orang yang berilmu. Setiap butir kata yang keluar dari mulut si jahil akan diterima dan dijadikan pegangan oleh orang yang jahil pula. Tidak hairanlah masyarakat hari telah rosak kerana fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang jahil.
Bagi orang yang berilmu pula. Apa saja yang keluar dari tutur katanya akan dianggap asing malah dituduh pula sebagai orang yang mengajar ilmu salah. Ada juga yang dituduh dengan berbagai gelaran. Dan itulah realiti yang terjadi pada hari ini.