Memasuki fasa terakhir Ramadhan. Dianjurkan untuk melipatkan gandakan amalan agar dapat dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Malam Al Qadar.
Semoga dengan rahmatNya dapatlah bertemu dengan malam yang penuh berkah itu.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
1. Sesungguhnya telah kami turunkan (Al Quran) pada malam Al Qadar.
2. Apakah malam Al Qadar itu?
3. Malam Al Qadar itu lebih baik dari 1000 bulan.
4. Maka turunlah para malaikat dan ruh (jibril) dengan izin tuhan mereka untuk membawa perkara yang telah ditakdirkan berlaku pada tahun berikut.
5. Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar.
Surah Al Qadr.