Tuesday, 26 April 2011

Assalamualaikum.....

Malam ni, terasa sepi sekali, kerana tiada apa yang dapat menghiburkan hati, tengah boring2 tu, saja blogwalking, tengok blog orang pastu keluar masuk facebook, tengok youtube dan macam2lah..tengah syok layang youtube, tetiba plak teringat kat seseorang, seseorang yang telah lama aku lupakan(Payah betullah nak lupakan dier ni). biler teringat kat dier, mulalah teringat roket kertas(Roket kertas?) yang pernah aku baling pada dier, yang tertulis I LOVE U.. macam iklan cloud 9 tu.... hahahaha...

Aku tak nafikan dan aku tak boleh membohongi diri aku, sememangnya aku rindu kat dier, aku rindu senyuman dier, gelak tawanya. so suweeetla.. bagi aku dia tetap no 1 dan kalau didatangkan 1000 wanita cantik tahap model sekalipun, tak der siapa yang bisa menandinginya.. Persoalannya sekarang dimana dia sekarang? cari kat fb, friendster, tweeter, tagged, langsung tak jumpa, kemana dia pergi?

Andaikata, Dia dah berumahtangga, aku doakan kesejahteraan dunia dan akhirat. Semoga berbahagia bersama insan tersayang, andaikatalah dia membaca entri(dia tau ker aku ada blog) ni, aku nak mohon seribu kemaafan diatas segala kesilapan yang telah aku lakukan pada dirinya, dan aku maafkan segala kesilapan yang dia lakukan pada aku dari dunia sampai akhirat. Yang berlalu, biarkan berlalu, so, kehidupan hari ini harus diteruskan.

Wednesday, 6 April 2011

Hai blog .

Hai.. lamanyer tak tulis kat blog aku ni.. huhu.. sibuk la sejak akhir2 ni.. apa pun, hari ni nak tulis skit lah kat sini agar sentiasa kelihatan banyak... hahaha.. tu jer untuk hari ni... bye..

Wednesday, 23 March 2011

My Biodata...

My Biodata? satu perkara yang sangat popular semasa aku berada dibangku sekolah. Ramai kawan2 aku (aku pun sama gak)  biler nak nak berkenalan dengan awek2, mereka akan mencipta satu biodata seperti resume untuk diberikan kepada awek2 yang berkenaan. (macam mintak keje la plak) ada gak yang menulis dalam diari harian (Biasanya budak pompuan) tapi serius seronok masa tu, tak der handphone, email mahupun internet (mungkin ada, tapi tak se gah hari ini) hanya dengan menghantar maklumat peribadi yang ditulis dengan tangan, maka dapatlah seseorang itu samada lelaki atau wanita mengenali rakan barunya...

disini aku letakkan contoh isi kandungan biodata yang pernah aku tengok dulu. mungkin ada part yang aku lupa,

1. Nama: Mohd Zamri Bin Salimon (mesti ada supaya penerima dapat mengetahui siapakah tuan punya Biodata)
2. Alamat: No, 12 Jalan Matahari, 41200 Klang (senang nak berutus surat)
3. No Tel: 03 3373XXXX ( Memandangkan dulu tak der hand phone, telepon rumah merupakan alat telekomunikasi penting supaya mudah bergayut, sebab tu bil telepon rumah melambung sampai ribuan ringgit)
4. Cita2: ingin menjadi seorang doktor yang berjaya (hahaha.. konon nak menunjukkan yang empunya diri seorang yang berwawasan dan berwibawa)
5. Hobi: Mengumpul setem dan bersiar2 ( kononnya beliau seorang yang tidak suka membuang masa)
6. Makanan kegemaran: yang pedas2 dan sedap
7. Minuman kegemaran: Kopi O dan teh O ais (kah kah kah)
8. pengalaman manis: Keluar kebandar dengan kawan2
9. pengalaman pahit: jatuh pokok rambutan.

itulah dia sebahagian contoh isi kandungan Biodata yang biasa aku tengok masa zaman aku sekolah dulu. aku tak nafikan, aku juga pernah terjebak, dengan benda2 macam ni. maklumlah masa tu rasa dah dewasa. hahaha... terasa seronok rasanya masa tu, berbagai2 biodata yang aku tengok, ada yang berbunga2, ada yang letak minyak wangi pun ada.. haha..apapun waktu tetap berjalan dan berubah. banyak cara yang boleh digunakan untuk bagi menonjolkan diri masing2. Masih adakah lagi cara begini dizaman teknologi yang canggih ni?

Thursday, 17 March 2011

arghhhh

hari ni sesaja menaip dalam blog bagi mengisi masa yang terluang. Lama rasanya aku tak mengupdate blog aku, maklumlah agak sibuk dengan kerja disamping tiada idea yang bernas untuk aku ceritakan kat sini.

apa lagi yang aku nak taip? ADEYPARRRRRR( SAMBIL MEMBUAT GAYA PADAYYAPA)

Wednesday, 9 March 2011

ntah...

ntah, ntah dan ntah.. ntah la..

Thursday, 10 February 2011

menyesalnyer... kenapa semalam aku tak tegur dia?

Hurm... rasa menyesal masih lagi menyelubungi diri. Kenapalah aku tak tegur dier semalam, tidak bolehlah jadi kawan ketika kesunyian. Biler dah turun bas, barulah rasa menyesal yang teramat sangat. kalau semalam aku tegur dier mesti aku dapat no tepon dier, boleh msg2 tak pun call dier..

aduh, peluang pasti takkan datang lagi lepas ni...

Tuesday, 18 January 2011

sesaje menulis...

setelah penat bekerja, akhirnya dapat juga merehatkan diri dirumah sambil mengupdate blog aku ni dalam suasana yang tenang lagi damai tanpa ada sebarang gangguan.. Tadi menempuh jamned yang sangat teruk dari kuala lumpur hinggalah ke subang. Hampir sejam jugak lah tersangkut kat jamned tadi. nasib time balik keje, kalau time pegi keje mau tak menyumpah aku sampai ofis lambat.

sebenarnya tak der apapun yang aku nak ceritakan kat sini. cuma mengisi masa lapang jer. sambil2 tu, layan fb jap, pastu chatting ker, mana tau ader awek sangkut. hahahaha..  selamat berjaya... 

lama tak jenguk blog...

Lamanya, aku tak tgk blog aku nih.. dah ada sesawang lelabah nampaknya. Maklumlah agak sibuk sejak akhir2 ni..

apa lagi yang aku nak tulis? ntah la, buat masa ni aku kekurangan idea untuk menulis, idea yang datang selalu hilang apabila mahu mula menulis.. ermm... macam mana erk tak nak kasi ilang idea tu?

Sunday, 16 January 2011

Another Boring Sunday.....

Ahad datang lagi... Seperti biasa, kebosanan mula melanda diri, mahu keluar bersiar2 kebandar, terasa malas pulak, cuaca pulak, tak berapa nak elok, dari pagi tadi hujan turun membasahi bumi. oleh kerana bosan, maka saja2lah aku mengupdate blog yang tak seberapa ni. rasanyer itu sahaja yang aku nak tulis dalam blog aku untuk hari ini.

Sunday, 9 January 2011

Apa yang aku nak buat erk malam2 ni????

Malam Ahad yang sangat membosankan.. tiada apa yang boleh dilakukan, hanya menghadap laptop yang menjadi teman setia. Nak menonton tv... semua cerita berbentuk hiburan yang membawa tema "mari pergi Jahanam" 

Abis apa aku nak buat malam ni? ermm, kacau2 awek? lagilah tak bleh blah.. saper aku nak kacau.. anak jiran sebelah, semua dah kawin, mau tak kene henyak aku nanti. arghh sakit kepala aku memikirkannya...

Jika aku ada banyak duit.....

contoh jer ni..
Duit merupakan satu keperluan yang sangat penting pada masa kini. Tanpa duit, kita akan jadi papa kedana..

Disini aku listkan beberapa perkara yang akan aku lakukan jika aku ada banyak duit..




  1. aku akan membantu kedua orang tua aku. segala perbelanjaan harian mereka akan aku sediakan malah aku akan memberikan elaun RM 1,500 setiap bulan kepada mereka.
  2. Menolong orang2 yang dalam kesusahan tanpa mengira kaum atau agama.
  3. Membina rumah untuk orang - orang miskin tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada mereka,
  4. Menyedekahkan suku daripada duit aku untuk anak2 yatim dan ibu tunggal...
Walaupun ianya hanyalah satu khayalan, manalah tahu satu hari nanti aku betul2 banyak duit dan jadi kaya. Insya Allah aku akan tunaikan apa yang aku cakapkan tadi.. Mudah2 an hendaknya...

Saturday, 8 January 2011

masa untuk berehat seketika

Setelah beberapa hari bekerja keras, hari ini dapatlah aku merehatkan diri yang sememangnya penat. walaupun begitu, aku harap akan ada kerja lagi yang boleh memberikan faedah kepada aku dan juga kawan2 yang lain...

Saturday, 1 January 2011

Selamat datang 2011.....

Entri ini merupakan entri sulung untuk tahun 2011.... Selamat Tahun Baru... semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan apa yang dicitakan menjadi kenyataan, Insya Allah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...