Sunday, 3 January 2021

Salam 2021

2020 telah berlalu pergi
Meninggalkan pelbagai kisah suka dan duka
Banyak perkara telah berlaku
Yang banyak mengubah dunia
Dan mengubah rutin harian

Munculnya wabak Covid 19,
Wabak membunuh dari China
Pergolakan politik Malaysia
Amerika dapat presiden baru
Itulah rencah 2020
Yang baru pergi 
Menjadi sejarah dan kenangan

Lembaran 2021 dibuka
Dengan harapan dan doa
Agar lebih baik dari 2020
Agar sirna segala wabak penyakit
Agar politik kembali stabil
Agar amerika tidak serakus dulu..

Semoga 2021 akan memberi sinar baru kepada semua orang
Sungguhpun begitu muhasabah dan perbaiki lah diri 
Kerana setiap waktu yang pergi tidak akan kembali
Sisa waktu yang tinggal, gunakanlah sebaiknya.
Isilah ia dengan amalan yang baik.
Dan carilah ilmu sebagai benteng dari kejahilan.

*siap ditulis pada 3 januari 2021



Sunday, 10 May 2020

1 syawal 1440H

Setelah 1 bulan berpuasa.. menahan diri dari makan dan minum serta perkara2 yang membatalkan puasa. Maka tibalah pula kita berhari raya meraikan kemenangan dengan penuh kesyukuran.

Selamat hari raya aidilfitri.
Semoga Allah menerima amalan ku dan amalan kamu. Insya Allah

Sambutlah kemenangan ini dengan penuh gembira dan kesyukuran.

Malam ke 30 Ramadhan 1440H (hari terakhir)

Malam terakhir sebelum 1 Syawal 1440H

Malam ke 29 Ramadhan 1440H

Ramadhan akan pergi..

Malam ke 28 Ramadhan 1440H

Malam ni malam ke 28.. bermakna tinggal 2 malam lagi sebelum malam 1 syawal...

Malam ke 27 Ramadhan 1440H

Malam ganjil yang ke 27..
Mgkn malam malam kemuliaan..
Mgkn malam turunnya rahmat..
Wallahualam..
Hanya Allah yang mengetahui...

Malam ke 26 Ramadhan 1440H

Bergantung harap pada manusia, hasilnya kecewa
Bergantung harap pada Allah, tidak akan sia - sia usahanya.

Kerana pertolongan daripada Allah itu akan datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Wednesday, 29 May 2019

Malam ke 25 Ramadhan 1440H

................... HIDUPLAH SEPERTI MANA BIASA. BELAJARLAH MEMAAFKAN SEMUA ORANG KERANA MANUSIA ITU BUKANLAH SEMPURNA SEMUANYA. ADA MASA AKAN MELAKUKAN KESILAPAN DAN KESALAHAN.............

Tuesday, 28 May 2019

Malam ke 24 Ramadhan 1440H

Nampaknya ramadhan semakin menghampiri penghujungnya.. rasanya seperti baru semalam mula berpuasa. Sedar tak sedar dah abis dah..

Ya Allah aku mengharap pengampunan dan rahmat Mu. Ampunkan segala dosa2 ku dan kedua ibu bapa ku.

Monday, 27 May 2019

Malam 23 Ramadhan 1440H

Syukur Alhamdulillah.. Dengan rahmat Allah aku berada di hari yang ke 23 puasa.. sayu pulak hati ni. Tahun depan ntah dapat ke tak jumpa ramadhan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...