Saturday, 17 April 2021
4 Ramadhan 1442
Hari ni baru ada kesempatan untuk menulis.. alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa.
Thursday, 15 April 2021
3 Ramadhan 1442
Alhamdulillah.. hari ni dah hari ketiga puasa dan diberikan kesempatan dan kesihatan untuk melakukan ibadah puasa pada hari ini.
Macam biasa. Pagi ni cerah dan ceria. Kawan2 pun sihat2 belaka.
Semoga terus sihat dan ceria seperti selalu.
Wednesday, 14 April 2021
2 Ramadhan 1442
Alhamdulillah hari ini dah masuk hari kedua hari puasa. Hari cerah dan matahari menyinari alam. Burung2 berkicau riang menceriakan suasana pagi 2 Ramadhan 1442.
Seperti biasa hari ini pergi bekerja dan berada di pejabat. Kelihatan kawan2 mula datang ke pejabat dan memulakan hari mereka dengan memberikan salam dan senyuman apabila bersua muka.
Semoga ketenangan begini dapat dikecapi sehingga penghujung bulan ramadhan.
Tuesday, 13 April 2021
1 Ramadhan 1442
Alhamdulillah kerana dengan izin Nya.. maka dapatlah aku bertemu lagi di bulan yang penuh keberkatan. Berbanding tahun lepas, tahun ni dah boleh solat tarawih dimasjid. Bazar ramadhan pun dah boleh berniaga. Walaubagaimanapun, harus diingat.. virus covid masih lagi ada dan masih lagi boleh menjangkiti orang ramai yang alpa dan lupa. Ambillah peringatan dan pengajaran serta syukurilah dengan apa yang kita rasai hari ni. Jangan kerana sikap pentingkan diri sendiri maka kita hilang lagi apa yang kita ada pada hari ini.
Sunday, 3 January 2021
Salam 2021
2020 telah berlalu pergi
Meninggalkan pelbagai kisah suka dan duka
Banyak perkara telah berlaku
Yang banyak mengubah dunia
Dan mengubah rutin harian
Munculnya wabak Covid 19,
Wabak membunuh dari China
Pergolakan politik Malaysia
Amerika dapat presiden baru
Itulah rencah 2020
Yang baru pergi
Menjadi sejarah dan kenangan
Lembaran 2021 dibuka
Dengan harapan dan doa
Agar lebih baik dari 2020
Agar sirna segala wabak penyakit
Agar politik kembali stabil
Agar amerika tidak serakus dulu..
Semoga 2021 akan memberi sinar baru kepada semua orang
Sungguhpun begitu muhasabah dan perbaiki lah diri
Kerana setiap waktu yang pergi tidak akan kembali
Sisa waktu yang tinggal, gunakanlah sebaiknya.
Isilah ia dengan amalan yang baik.
Dan carilah ilmu sebagai benteng dari kejahilan.
*siap ditulis pada 3 januari 2021
Sunday, 10 May 2020
1 syawal 1440H
Setelah 1 bulan berpuasa.. menahan diri dari makan dan minum serta perkara2 yang membatalkan puasa. Maka tibalah pula kita berhari raya meraikan kemenangan dengan penuh kesyukuran.
Selamat hari raya aidilfitri.
Semoga Allah menerima amalan ku dan amalan kamu. Insya Allah
Sambutlah kemenangan ini dengan penuh gembira dan kesyukuran.
Malam ke 28 Ramadhan 1440H
Malam ni malam ke 28.. bermakna tinggal 2 malam lagi sebelum malam 1 syawal...
Malam ke 27 Ramadhan 1440H
Malam ganjil yang ke 27..
Mgkn malam malam kemuliaan..
Mgkn malam turunnya rahmat..
Wallahualam..
Hanya Allah yang mengetahui...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima kasih.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...