Dari setitis air pati kau berasal..
Kemudian menjadi segumpal darah..
Dari segumpal darah menjadi pula seketul daging..
Didalam daging tumbuhnya tulang..
Kemudian terbentuklah janin lalu ditiupkan roh kepada janin itu..
Ketika itu rezeki, jodoh dan maut akan ditentukan.
Setelah cukup tempoh 9 bulan 10 hari kau dilahirkan..
Melihat dunia yang indah..
Kau mula belajar merangkak kemudian berjalan..
Kau mula membesar dan belajar banyak perkara..
Kau mula kenal erti hidup dan kau semakin dewasa..
Kau semakin gagah dan kuat..
Kau bekerja keras dan berjaya
Harta kau banyak tidak terkira..
TAPI MALANG... SETELAH SEKIAN LAMA....
kau mula angkuh dengan apa yang ada..
Kau mula melupakan asal usul kau
Kau mula melawan dan memberontak..
Ada saja yang tidak kena..
Kau juga mula menderhaka kepada pencipta Mu..
Kau lupa segala - galanya...
Masa terus berjalan dan berjalan
Kau semakin tua dan lemah..
Badan sudah mula sakit sakit..
Mata sudah rabun..
Gigi banyak yang dah tanggal..
Uban telah menutupi kepala..
Tetapi Kau masih leka dengan dunia..
Kau tidak mahu berubah...
Banyak peringatan telah sampai..
Namun kau buat tidak tahu...
SEHINGGALAH SATU HARI...
Ketika kau sedang leka dengan dunia..
Datanglah Malaikat Maut..
Kau tersentak dengan kedatangannya..
Kau mula menyesal.. namun sudah terlambat..
Ketika rohmu berada dikerongkong..
Kau mula menyatakan taubat kau kepada tuhan..
Ketika itu apa yang kau nyatakan itu hanyalah sia2 belaka..
Dan kau pun pergi buat selamanya..
Pergi yang tidak akan kembalinya
Menemui pencipta Mu..
Kau dimandikan dan dikapankan..
Kau disembahyangkan dan dikuburkan..
Maka tamatlah riwayat kau sebagai manusia...
Tidak ada lagi teman..
Tidak ada lagi sanak saudara..
Tidak ada lagi anak dan isteri..
Tidak ada harta yang bertimbun..
Yang ada hanyalah amalan semasa hidup
Beruntunglah jika banyak amalan..
Dan celakalah jika sedikit amalan..