Wednesday, 23 March 2011

My Biodata...

My Biodata? satu perkara yang sangat popular semasa aku berada dibangku sekolah. Ramai kawan2 aku (aku pun sama gak)  biler nak nak berkenalan dengan awek2, mereka akan mencipta satu biodata seperti resume untuk diberikan kepada awek2 yang berkenaan. (macam mintak keje la plak) ada gak yang menulis dalam diari harian (Biasanya budak pompuan) tapi serius seronok masa tu, tak der handphone, email mahupun internet (mungkin ada, tapi tak se gah hari ini) hanya dengan menghantar maklumat peribadi yang ditulis dengan tangan, maka dapatlah seseorang itu samada lelaki atau wanita mengenali rakan barunya...

disini aku letakkan contoh isi kandungan biodata yang pernah aku tengok dulu. mungkin ada part yang aku lupa,

1. Nama: Mohd Zamri Bin Salimon (mesti ada supaya penerima dapat mengetahui siapakah tuan punya Biodata)
2. Alamat: No, 12 Jalan Matahari, 41200 Klang (senang nak berutus surat)
3. No Tel: 03 3373XXXX ( Memandangkan dulu tak der hand phone, telepon rumah merupakan alat telekomunikasi penting supaya mudah bergayut, sebab tu bil telepon rumah melambung sampai ribuan ringgit)
4. Cita2: ingin menjadi seorang doktor yang berjaya (hahaha.. konon nak menunjukkan yang empunya diri seorang yang berwawasan dan berwibawa)
5. Hobi: Mengumpul setem dan bersiar2 ( kononnya beliau seorang yang tidak suka membuang masa)
6. Makanan kegemaran: yang pedas2 dan sedap
7. Minuman kegemaran: Kopi O dan teh O ais (kah kah kah)
8. pengalaman manis: Keluar kebandar dengan kawan2
9. pengalaman pahit: jatuh pokok rambutan.

itulah dia sebahagian contoh isi kandungan Biodata yang biasa aku tengok masa zaman aku sekolah dulu. aku tak nafikan, aku juga pernah terjebak, dengan benda2 macam ni. maklumlah masa tu rasa dah dewasa. hahaha... terasa seronok rasanya masa tu, berbagai2 biodata yang aku tengok, ada yang berbunga2, ada yang letak minyak wangi pun ada.. haha..apapun waktu tetap berjalan dan berubah. banyak cara yang boleh digunakan untuk bagi menonjolkan diri masing2. Masih adakah lagi cara begini dizaman teknologi yang canggih ni?

Thursday, 17 March 2011

arghhhh

hari ni sesaja menaip dalam blog bagi mengisi masa yang terluang. Lama rasanya aku tak mengupdate blog aku, maklumlah agak sibuk dengan kerja disamping tiada idea yang bernas untuk aku ceritakan kat sini.

apa lagi yang aku nak taip? ADEYPARRRRRR( SAMBIL MEMBUAT GAYA PADAYYAPA)

Wednesday, 9 March 2011

ntah...

ntah, ntah dan ntah.. ntah la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...