Monday, 22 November 2010

IKMAS: catatan sebuah kenangan part 2

Setelah bercuti selama 3 minggu, akhirnya, aku pulang semula ke Institut. Terasa sedih pula kerana terpaksa meninggalkan semula keluarga tercinta. Tetapi demi cita-cita, aku gagahkan juga. Sebelum bercuti, aku dimaklumkan bahawa akan diadakan rombakan asrama dimana di mana para pelatih akan dipecahkan dan ditempatkan di asrama yang baru, Setibanya di IKMAS, aku melihat senarai nama dimana aku akan ditempatkan, dan aku ditempatkan di Asrama Padang. Asrama baru aku ni boleh dikatakan kecil dan mempunyai dua buah rumah dan setiap rumah mempunyai satu bilik. Pada mulanya aku tidak mahu duduk diasrama ini, kerana suasananya yang sangat mengharukan dan terpencil, lama kelamaan aku boleh menerimanya disini aku ditempatkan bersama senior2 semester 3, jadi tidak ada pelatih baru yang akan ditempatkan bersama kami. Oleh yang demikian, sesi suai antara pelatih baru tidak diadakan di asrama ini. Antara pelatih semester 2 yang duduk menetap bersama aku ialah Jana , Peah, Pacat, Are min, Jan dan juga Bachok dan senior pula ialah Baiya, Man Kecik, Tok cik, Labu, Alimi – Ketua Asrama- Bulat, sepat, dan juga Jaws.

Seperti biasa, diawal semester akan ada kemasukkan pelatih - pelatih baru sesi Jan 2001 - Jul 2002. Ramai pelatih telah mendaftarkan diri disini. Tak kurang juga awek2 manis yang mendaftarkan diri disini, aku amat tertarik dengan seorang pelatih wanita bernama Siti Asmah (Kini telah bernikah dengan orang lain dan mempunyai anak) dari jurusan Teknologi Seni Bina. Sayangnya, aku tidak mampu meluahkan apa yang terbuku dihati kerana perasaan rendah diri yang terlalu menebal didalam diri aku. Jadi, melepaslah aku akibat sikap aku sendiri.


bergambar kenangan di Kolam air panas lenggong



Bergambar kenangan di kawasan perkelahan Bukit Hujau


Setelah seminggu berada diIKMAS, keputusan peperiksaan semester 1 diumumkan, aku mendapat keputusan yang memuaskan hati dan aku berazam untuk terus berusaha bagi mencapai cita2. Ada juga yang ditendang keluar kerana pointer tidak mencukupi. Disemester 2 ni, banyak perkara yang aku pelajari, antaranya, memasang jubin dinding, Kerja melepa, dan sebagainya. itu tidak termasuk Sijil kemahiran Malaysia lagi. terlalu banyak kerja dan tugasan ketika aku berada disemester 2. Malah aku juga didedahkan dengan pelbagai kursus seperti Kursus Penyelengaraan jenazah dan sebagainya.

Pada kebiasaannya, aku selalu lepak dikedai minum yang terletak dihadapan masjid. Disinilah aku dan kawan2 yang lain akan berbual2 dan berbincang mengenai apa saja topik sambil mengorat gadis2 IKMAS yang lalu lalang disitu. Adakalanya aku akan meluangkan masa di Cyber Cafe sambil mencari awek dan informasi-informasi terkini dari dalam dan luar negara. Biasalah, dulu sejam RM1. murah, tetapi servernya teramatlah lambat seperti siput.

Masih lagi diperhatikan sang senior

Walaupun disemester 2, kami tidak boleh berbuat apa saja terhadap freshies, ini kerana masih ada lagi senior yang berkuasa dan memerhatikan segala gerak geri kami. jadi kami terpaksa akur dengan situasi yang kami hadapi, ada juga dikalangan kami yang keras kepala untuk cuba melawan dan menentang, dan akibatnya timbul perasaan tidak puas hati dikalangan kami dan juga senior2. Walaubagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingin berlaku sehingga habis semester 2.

Munculnya mat bunga dikalangan rakan2 seperjuangan..

Ramai dikalangan kawan – kawan aku yang berubah menjadi mat bunga. Mana bunga2 yang ditinggalkan sang senior yang terdahulu, telah menjadi kekasih hati rakan2 yang sama batch ngan aku. Aku? Jangan dipersoalkan, kerana aku memang tak minat nak bercintan cintun masa belajar dulu. Sebab tu sampai sekarang aku masih lagi solo dan mencari kekasih hati yang betul2 boleh menerima diri aku seadanya. Pada waktu petang mahupun hari cuti, kelihatan ramai kawan2 yang keluar bersama buah hati masing – masing. Ada yang berdating di tepi sungai sambil menikmati keindahan alam.

mat2 bunga yang berkecimpung dalam dunia percintaan ni, semuanya ganas2 belaka. Kalau kat asrama tu, kalau dengar lagu,semua yang berentak keras tak ada satu pun yang slow rock ataupun jiwang leleh punyer lagu, tapi apabila berhadapan dengan wanita, semuanya jadi cair macam aiskrim.. itulah kuasa wanita, lelaki yang keras dan gagah akan tumbang apabila berhadapan dengan wanita. Tak kurang juga yang ada awek lebih daripada satu, bila kantol, mulalah menggelabah puyuh. Itulah senarionya percintaan diIKMAS.

Pertengahan semester yang menarik


Meraikan kemenangan


Pada pertengahan semester, IKMAS ada menganjurkan Minggu Aktiviti. Minggu ni semua pelatih dibenarkan membuat aktiviti2 masing2 sambil dipantau oleh tenaga pengajar selain itu . Semasa minggu aktiviti berlangsung, para pelatih tidak dibenarkan balik kerumah. Pada aku minggu aktiviti kali ini yang amat menarik sekali, dimana akan diadakan pertandingan diantara asrama - asrama, bermacam acara dipertandingkan, berbalas pantun, membuat baju kertas, nasyid, pertandingan kuiz dan sebagainya.

Asrama baginda/padang merupakan asrama yang boleh dikatakan "underdog" kerana pada peringkat permulaan kami tidak mendapat sebarang mata terkumpul. sebaliknya hanya sebiji telur emas yang diberikan gara2 tiada peserta yang menyertai acara berbalas pantun, kami mula patah semangat dan membuat persembahan sambil lewa sahaja. Segala - galanya berubah, apabila kami mendapat markah penuh untuk pertandingan kuiz, pentomen dan juga nasyid. itu telah membakar semangat kami untuk terus berusaha. Dengan berkat kesabaran kami, maka kami telah menjadi juara keseluruhan dan ramai yang tidak mempercayainya. (Syabas kepada penghuni hostel padang dan baginda)

Akhir Semester 2 yang begitu sibuk

Pejam celik, pejam celik, akhirnya aku berada dipenghujung semester dua, di hujung semester juga akan diadakan peperiksaan akhir dimana pelatih2 wajib lulus bagi mendapatkan pointer yang terbaik. Tidak lupa juga dengan pengesahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dimana Pegawai Pengesahan Luaran akan datang bagi mengesahkan segala bukti keterampilan yang berkaitan dengan SKM. berkat kesungguhan, akhirnya berjaya juga aku mendapat sijil SKM tahap 1 bersama rakan2 yang lain, ada juga yang tidak berkesempatan menyiapkannya. Jadi, mereka perlu menyiapkannya dan disahkan keterampilannya pada semester depan.

Setelah bertungkus lumus, maka tibalah masanya untuk bercuti. Keputusan peperiksaan akan diumumkan apabila naik semester 3 nanti. ketika ini seperti semester yang lalu, akan kelihatan senior2 akan meninggalkan IKMAS. Maka, bermulalah drama airmata dikalangan mereka. Mana yang bercouple dengan freshies, akan meninggalkan couplenya. aku menunggu ketibaan bas yang akan membawa aku pulang ke kampung halaman bersama rakan2 yang lain dishahab perdana. Tepat jam 10.30 malam, bas aku pun tiba dan aku pun bertolak ke destinasi yang dituju dengan seribu satu kenangan di semester 2.

Kisah aku disemester 3, akan aku ceritakan di entry yang bertajuk, IKMAS: Catatan sebuah kenangan part 3(part akhir)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...