Saturday, 20 November 2010

IKMAS: catatan sebuah kenangan part 1

Rasanya dah beberapa hari aku tak upload blog aku. Semalam aku cuba nak update, tapi tak idea. Mungkin hari ni aku akan cuba meng"update" blog aku supaya ianya tidak terus kaku dan berkulat. pada entri kali ni, aku nak ceritakan kisah semasa aku hidup merantau semasa bergelar pelajar.. Alor Setar, ya, inilah tempat asing yang pernah aku jejaki selepas tamat persekolahan. Oleh kerana keputusan SPM aku tidaklah segah mana maka aku telah menyambung pelajaran aku disebuah pusat kemahiran dibawah kelolaan MARA yang dipanggil Institut kemahiran Mara. Institut ni tak lah besar sangat, hanya boleh menempatkan 300 + pelatih dalam satu masa. IKM ni juga merupakan IKM yang tertua di Malaysia.

Pada mulanya aku berasa berat hati untuk meninggalkan rumah dan keluarga,maklumlah aku akan berjauhan dengan mereka malah semangat aku mula hilang apabila datuk kesayanganku telah kembali kerahmatullah 2 minggu sebelum aku pergi kesana. Demi masa depan, aku mesti pergi dan belajar bagaimana untuk berdikari sendiri dan menimba pengalaman. Aku juga pemberi semangat kepada adik2ku yang lain agar dapat meneruskan pelajaran seperti aku apabila tamat persekolahan nanti. Segala persiapan seperti dokumen2 yang perlu dibawa, pakaian dan sebagainya telah aku siapkan lebih awal agar tidak kelam kabut ketika hari pendaftaran nanti. Setelah segalanya lengkap, maka tibalah masanya untuk aku pergi kesana demi masa depan aku dan keluarga.

Memandangkan perjalanan agak jauh, Aku bertolak sehari lebih awal dari tarikh lapor diri, disepanjang perjalanan , aku hanya memikirkan bagaimanakah keadaannya IKM itu, mungkin tempatnya lebih indah dan cantik seperti yang aku lihat dalam tv.begitu juga dengan asramanya yang bersih dan teratur. aku berasa seronok kerana aku akan mendapat pengalaman dan kawan baru. Sesampainya di Alor Setar, aku mencari2 dimanakah letaknya IKM, puas berpusing disekitar bandar Alor Setar, tapi tidak berjumpa pula dengannya. Setelah hampir 2 jam berpusing2 dan mencari, akhirnya, dapat juga aku melihat IKM yang akan menjadi tempat untuk aku menuntut ilmu. Pada mulanya Aku agak terkejut apabila melihat bangunan yang tersergam didepan mata. Aku bagaikan tidak percaya dengan keadaan IKM yang begitu kecil dan tidak seberapa itu dan lokasinya terletak betul2 dibelakang pagoda Aku berasa agak kecewa kerana apa yang aku sangkakan semasa dalam perjalanan meleset sama sekali. Keesokan harinya, aku pun bergerak menuju ke IKM untuk sesi pendaftaran pelatih baru, disitu aku mendaftar sebagai pelatih Teknologi Kejuruteraan Awam Bangunan, disinilah bermula kehidupan baru aku sebagai seorang pelatih IKM. dan disini jugalah aku mula belajar erti kehidupan..

Sem 1: Saat menjadi freshies


bergambar dihadapan institut

Ketika sesi pendaftaran pelatih baru aku lihat ramai yang datang dari seluruh Negara, ada yang berasal dari Johor, Perak, Kedah, Pahang, Kelantan dan sebagainya. Ibu bapa yang menghantar anak2 mereka juga ramai, ada juga yang datang sendiri. Sesudah aku mendaftarkan diri untuk sesi Julai 2000 - Dis 2001, tibalah masanya untuk melihat asrama untuk aku berteduh. Pada mulanya aku menyangka bahawa rumah flat yang terletak dibelakang IKM merupakan asrama yang bakal aku duduki, rupa2 nya sangkaan aku meleset sama sekali, aku mula tertanya2 dimanakah aku akan ditempatkan. . Alangkah terkejutnya aku apabila melihat asrama yang bakal aku duduki, sebuah rumah papan 2 tingkat. Sedang aku terpegun melihat asrama yang serba indah tu, tiba-tiba aku terdengar salah seorang pelatih baru (Godok) mengamuk. Dia mengatakan bahawa dia mahukan keselesaan dan tidak mahu tinggal dirumah berkenaan. Aku ditempatkan disebuah asrama yang dipanggil Seberang Perak. Nama asrama ini diambil sempena nama jalan Seberang Perak, Jaraknya dengan IKM tidak jauh hanya sepuluh minit sekiranya berjalan kaki.

Setelah meletakkan barang keperluan yang dibawa di dalam asrama, aku pun kembali semula ke IKM untuk menjalani sesi Minggu Silaturrahim. sebagai pelatih baru aku dan rakan2 yang lain diwajibkan untuk menjalani sesi silaturrahim selama seminggu, rambut pelatih baru juga dipotong ala tentera sebagai tanda bahawa kami adalah pelatih baru disitu selain itu juga , pelatih2 baru akan diberikan "amanah" berupa sebiji telur dan sebuah buku peraturan dan pelatih2 baru dikehendaki menjaganya dengan baik. Sekiranya hilang maka denda yang sangat keras akan dikenakan. Oleh kerana tidak mampu menjaga "amanah" yang diberikan, maka aku dikenakan denda dengan membawa sebiji batu bata. Jadi, selama seminggu aku akan membawa batu bata kehulu kehilir. Berat jangan cakap lah.. kemudian balik keasrama awal pagi, lepas subuh pelatih baru dikehendaki berada semula diIKM, mengantuk jangan kiralah. kalau ada ceramah, pasti ada yang terlelap. Azabnya hanya mereka2 yang pernah menghadapinya sahaja yang tahu. Tapi ada baiknya, dapat melatih diri supaya tabah dan kuat menghadapi rintangan.

Selepas menghadapi segala dugaan selama seminggu, maka kami dikehendaki menyertai Qiamulail yang diadakan di masjid berhampiran. Pergh, dah la tak cukup tido selama seminggu, kene plak Qiamulail. Ada satu kawan aku ni, aku panggil tepet, tertido masa tengah sujud.aku pulak, lepas saja solat hajat terus tido akibat mengantuk yang melampau. Selesai minggu silaturrahim, kami dibenarkan berehat di asrama. barulah lapang sikit dada apabila dapat berehat2 diasrama, Tapi sayang, kesenangan yang dikecapi hanya sementara, malam itu kami dikehendaki menghadirkan diri untuk sesi roll call pula diantara pelatih dan juga senior yang tinggal serumah dengan kami. Memandangkan asrama tersebut dua tingkat, maka roll call diadakan ditingkat atas. Malam berkumpullah, sambil dikelilingi senior2 yang bengis lagi garang umpama panglima melayu melaka... Pada malam itu ketua asrama kami, Yard@Plug, telah mengeluarkan undang2 bahawasanya budak2 baru tidak dibenarkan merokok selama sebulan, tidak kira dimana saja, dirumah, diluar mahupun dibandar. jika didapati melanggar perintah, denda yang sangat keras akan dikenakan. Dan malam itu juga budak2 baru akan diberikan nama samaran.

Ada yang bernama Godok(Ariel – KAB)), Chedang(Fadhil - KAB), Astro (Halim - KAB), Manja(Dia ni masa pertengahan sem dia berhenti sebab dapat tawaran belajar ke UITM. Aku pun tak ingat nama betul dia tapi dia ni budak TELKAS), GBum (Soffie - TELKAS), Bonjot (Nazrul - KAB), Tepet (Hezri – TSB), Ketuat (Mukhriz – KAB), Gebeng (Faizazul – TRPP) dan Tin(aku - KAB). Kami juga dikehendaki meminta tandatangan setiap senior yang ada didalam asrama tersebut. Tujuan senior2 aku berbuat begini adalah kerana untuk mengeratkan silaturrahim diantara pelatih baru dan juga pelatih lama. Selain juga, kami diajar agar menghormati pelatih yang lebih lama daripada kami.

Pada malam itu juga kami dibenarkan merokok dengan syarat yang sangat ketat dimana setiap batang rokok yang dihisap perlu diketis sebanyak dua kali sahaja. sekiranya lebih dari itu maka, jumlah rokok akan ditambah dan setiap rokok perlulah dihabiskan malam itu juga. sesudah selesai roll call, kami dibenarkan tido.. Perkara yang palin aku tak boleh lupa sehingga kehari ini ialah aku ditangkap kerana merokok, maka aku dikenakan hukuman menghisap rokok Marlboro disapukan dengan minyak cap kapak.. Rasanya enak, gurih dan nikmat.. Macam nak tercabut nyawa menghisapnya..

Setelah selesai semuanya, maka tibalah masa untuk masuk kekelas.. didalam kelas, bermacam2 aku blajar, math, bahasa inggeris, pendidikan islam dan mata pelajaran teknikal. Disini jugalah aku belajar bagaimana untuk melukis pelan, bahan2 binaan dan teknik pembinaa. Saat yang paling best ialah ketika masuk kebengkel, dimana setiap pelatih, akan diajar kemahiran dan mempraktikkan apa yang diajar ketika didalam kelas. Kami juga diberikan tugasan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

Setelah dua minggu menjalani sesi pembelajaran, ada satu kes yang sangat serius telah berlaku sehingga warden mengeluarkan perintah darurat sehingga keadaan benar2 selamat. Kejadian tersebut juga memberi kesan kepada kebebasan pelatih2 lain. Semua pelatih dikehendaki berada di asrama bermula jam 7 malam.. tapi setelah 2-3 minggu, keadaan kembali seperti biasa. Aku masih ingat lagi ketika mula2 aku keluar kebandar bersama senior. Ada seorang senior ni, nama dia nujum (Faidullah), dialah yang rajin membawa kami bersiar kebandar. Dia ni sporting dan tak kisah. Dan bersama dialah kami perokok2 tegar menghisap rokok.. sebenarnya banyak lagi senior yang ok dan sporting macam Roy (Khairul Azwan), Benji (Mohd Affendi), Dagu (Fadli), Tulang (juzaili), Tapai (Azharisham) kusai (Khusaini jabngin) dan ramai lagi. Diasrama Mereka inilah yang bertanggungjawab menjaga kami seperti adik. Dan kami juga menghormati mereka sebagai abang. Hubungan kami sangat akrab dan mesra.
Setelah sebulan berada disana, Pengajar mula memberikan tugasan2 untuk kami, jadi kami mula sibuk untuk menyiapkan tugasan2 yang diberi walaupun banyak. Selain itu juga kami mula mempelajari amali pula, dimana kami akan mempelajari kemahiran seperti mengikat bata, kerja kayu, dan sebagainya. Dalam Kelas aku ni, ada seorang pelajar paling tua dikalangan pelajar2 yang lain. Dia ni muka ganas, tapi hati baik. Aku panggil mat tua (Salehudin) jer.. walaupun umonyer lebih tua dari pada aku, perangainya mengalahkan orang muda. Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dalam kelas aku ni juga ramai yang mula berpacaran. Ada yang berpacaran dengan senior (pelatih perempuan) dan ada juga yang berpacaran dengan budak kelas lain, tak kurang juga yang berpacaran dengan budak kelas sendiri. Aku? Tak der saper yang berkenan sebab tak der daya penarik.

Masa terus berlalu, tugasan juga semakin banyak, tambahan pula final exam pun bakal menjelang tiba. Aku pun sibuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pengajar walaupun ada kala perasaan malas mula menyelubungi diri. Disini, Tugasan merupakan penyumbang terbesar untuk mendapatkan markah tinggi dalam final exam. Sekiranya tidak menyiapkan tugasan yang diberi kebarangkalian untuk gagal dalam periksa sangat cerah, oleh itu, tugasan perlu disiapkan walaupun ianya agak sukar. Aku masih ingat lagi pada seorang pengajar aku ni, nama dier Nik Abd Rahman Nik Kob. Mengajar Subjek Construction Material. Beliau ni sporting dan baik hati. Adakalanya baran gak. Ada seorang lagi, Namanyer Musa Jupri, mengajar subjek Building Construction, juga seorang yang sporting. Sekarang beliau bertugas diibupejabat MARA Kuala Lumpur. Sebenarnya ramai lagi tenaga pengajar yang bagus dan baik hati seperti En. Ismail, En. Bakri, En. Rahim, En. Suhaimi dan En. Wahab. Ketua Jurusan pulak, En Abd Rahman.

Tragedi Bulan Puasa

Tahun ini juga merupakan tahun pertama aku berpuasa di tempat orang. Jadi ia amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan berpuasa ditempat sendiri. Oleh kerana aku berada diKedah, maka hari pertama ramadhan merupakan cuti umum dan semua kedai makan tutup pada hari tersebut. Ingat nak beli makanan ketika waktu sahur, apakan daya, semua kedai tutup, jadi terpaksalah aku mencari alternative lain untuk membeli makanan. Sebenarnya, aku ada membeli sebuku roti untuk bekalan sahur, tetapi sudah kebiasaan bersahur dengan nasi, aku pun keluar mencari nasi di kedai yang berhampiran dengan meminjam motor milik seorang senior aku ni. Hujan turun renyai2 malam tu, jadi aku meredahnya demi mendapatkan sebungkus nasi.

Aku hampa kerana semua kedai tutup, jadi tak dapatlah aku bersahur dengan nasi. Oleh kerana aku telah meminjam motor senior aku ni tadi, maka aku pun mengisi minyak demi membalas jasa baiknya. Sedang aku mengisi minyak, aku teringat untuk kebandar demi sebungkus nasi. Ya, aku mahu bersahur dengan nasi. Maka akupun meneruskan perjalanan kebandar, Aku memecut motor dengan kelajuan yang sederhana, sebelum tiba di satu simpang aku memperlahankan motor dengan membrek secara mengejut. Tiba – tiba aku berguling2 dijalan. Mujurlah tiada kereta, jika tidak, tentu tiada blog yang aku tulis ni.
Aku pulang keasrama dengan kecederaan. Senior aku terkejut apabila melihat seluar aku koyak dan motor bercalar. Aku risau sekiranya tuan punya motor akan meminta ganti rugi. Mujurlah, beliau tidak meminta apa2 pampasan dariku. Disamping itu juga aku berasa kecewa kerana tidak menjamah sebutir nasi dan akhirnya roti yang aku beli itulah menjadi santapan aku untuk bersahur.

Perpisahan Dengan Senior tersayang

Setelah berhempas pulas belajar, maka tibalah masa untuk pulang kekampung. Aku berasa seronok sekali kerana aku dapat bersama semula keluarga tersayang dan menyambut hari raya bersama2. Cuma yang sedihnya, kecederaan yang aku alami belum pulih sepenuhnya.. Sebelum aku pulang kekampung, warden telah mengeluarkan arahan untuk membawa pulang segala barang yang dibawa bersama kerana apabila naik semester baru, penyusunan semula asrama akan dibuat. Jadi kemungkinan akan berlaku perpindahan ke asrama baru. Jadi, aku terpaksa meminta pertolongan orang tua aku untuk membawa pulang segala harta benda yang ada. Jadi aku pun mengemas semua barang2 yang ada dan menunggu orang tuaku datang menjemput aku.

Sampai masanya aku pun bertolak pulang kekampung lebih awal. Jadi aku tidak dapat menyaksikan drama air mata perpisahan antara senior dan juga freshies. Aku dengar ramai yang mengalirkan airmata. Mana2 freshies yang bercinta dengan senior menjadi “janda” kerana ditinggalkan kekasih hati. Tak kurang juga yang gembira kerana tiada lagi kongkongan dari senior. Bagi Aku pulak, itu tidak menjadi masalah kerana setiap yang datang pasti pergi walau macam manapun aku tetap bersedih kerana tidak bermaaf – maafan dengan senior aku yang selama ini telah menjaga ku dengan baik. Malah aku juga berterima kasih kepada mereka kerana member tunjuk ajar pada aku dan juga rakan2 yang lain. Di kuliah, pengajar itu adalah ayah dan ibu, di asrama pula senior adalah abang @ kakak.

Aku rasa sampai sini sajalah entri yang tak seberapa ni. Aku akan ceritakan kisah aku di semester 2 pada bahagian yang kedua nanti. Sebenarnya banyak yang aku nak cerita, macam mana pengalaman pertama keluar dating, mandi sungai dan sebagainya. Tapi nanti aku cerita dientri yang lain plak.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni...